Renew Domain Setahun Lagi.  Alhamdulillah untuk tahun ke empat menggunakan domain www. azirahman.com.  Walau pun dah lama menulis daripada zaman fotopages lagi, tak sangka akhirnya akak dapat adakan satu blog atas nama sendiri.  Bangga sekejap ! Semenjak dapat email peringatan daripada NetKL, memang cepat-cepat buat bayaran, takut nanti terlupa. Domain dah renew untuk setahun lagi. Akak pilih untuk renew setiap tahun.


blog menarik, sayang blog, gunakan blog, netkl


3  Kelebihan Ada Domain Sendiri

Ada banyak kelebihan bila korang ada domain sendiri, tapi akak nak tekankan 3 perkara sahaja yang menyebabkan akak perlu ada domain sendiri.

1. Miliki Domain Blog Sendiri Umpama Ada Rumah Sendiri

Perasaan bila ada domain sendiri ni berbeza berbanding guna domain percuma.  Perasaan dia mula-mula tu rasa macam dah mampu beli rumah sendiri.  Bangga !  Mulalah nak hias dan hidangkan dengan pelbagai menu cerita yang menarik untuk tatapan pengunjung.  Rumah pun tak nak serabut-serabut, kita letak benda-benda penting. Konsep minimalis gitu ! 

Bayaran domain tu umpama korang bayar cukai tanah tiap-tiap tahun.  Bila dah ada tapak sendiri, lebih seronok untuk berkongsi. Akak gunakan service NetKL dan setakat ni memang berpuashati.

2.  Membina kredibiliti dan professionalisme 

Bila ada domain sendiri secara tak langsung nampak korang ni bersungguh-sungguh dalam menghasilkan blog yang berkualiti.  Perkongsian pun adalah lebih menjurus kepada perkara-perkara yang berkualiti dan sebolehnya dapat memberi menfaat pada pembaca.  Tambahan kalau korang berniaga dan blog adalah salah satu saluran untuk mempromosikan produk jualan korang.  Bila berkongsi domain sendiri, nama lebih professinonal kan?  Ia juga membantu dalam membentuk dan memperkenalkan branding korang.

3.   Khidmat sokongan  dan Jana Pendapatan Pasif

Apabila korang memiliki nama domain dan blog anda sendiri melalui syarikat penyedia hosting  yang terbaik, korang akan mendapat khidmat sokongan dan bantuan sekiranya korang mengalami sebarang masalah berkaitan hosting korang. Biasanya khidmat sokongan disediakan 24 jam 7 hari seminggu.

Selain itu, dengan memiliki nama domain dan hosting sendiri, korang bebas untuk menjana pendapatan pasif (monetization) melalui blog korang sama ada melalui pengiklanan, affiliate dan sebagainya.  

Cukuplah 3 kelebihan yang akak kongsikan ini.  Ada banyak lagi sebenarnya.  Bagi korang yang memang fokus dan cenderung kepada penulisan blog, akak memang galakkan korang gunakan domain sendiri.  Pengiklan lebih yakin dan pelaburan bayaran setahun sekali ini korang boleh dapatkan balik pulangannya seawal sebulan sahaja.  Bila dah ada domain sendiri, janganlah malas nak update blog.  Umpama masuk rumah baru, dah 5 tahun pun masih begitu keadaannya.  Pelan-pelan perelokkanlah sedikit-sedikit.  Cari subjek-subjek menarik yang berkualiti untuk dikongsi bersama pembaca.  


7 Comments

  1. Apabila ada domain sendiri kena semangat menulis selalu.

    ReplyDelete
  2. hahaha samalah dengan sha, kalau dapat emel terus bayar🤣 kalau cakap nanti memang lupa terus

    ReplyDelete
  3. tahniah sis. semoga terus sukses dalam dunia blogging :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah sis sbb renew blog, semoga rezeki sentiasa bertambah. :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah... Kita setiap hujung tahun baru renew...

    ReplyDelete
  6. saya baru je amek domain n ofcoz adsense hilang.. tu buat mood merudum bila apply balik kena reject. n ingatkan blh kluarkan duit tu tapi tak boleh T.T

    ReplyDelete
  7. bila renew domain semangat berkobar2 kann

    ReplyDelete