Lauk Ayam Bakar Menu Pilihan Anak-anak Untuk Berbuka Puasa.  Hari pertama berpuasa mesti ibu-ibu semua excited nak plan menu berbuka terutama yang punyai anak-anak yang baru belajar berpuasa.  Akak dah lalui dulu masa anak-anak kecil.  Hari-hari mesti ada satu menu istimewa untuk layan anak-anak berbuka.  Tak perlu mewah tapi cukup dengan selera anak.  Kita mak ayah ni follow je.  Belek-belek fb ada kawan fb yang berkongsi menu pelbagai jenis masakan ayam bakar. Ha...sesuailah lepas habis waktu ofis, boleh terus bersilat sediakan menu yang simple tapi sedap !


Menu Ayam Bakar Yang Mudah Dan Sedap

Resipi ini diambil daripada koleksi Resepi.My.  Akak nak cuba buat nanti untuk hidangan berbuka puasa.  Akak kongsikan di sini untuk memudahkan korang yang minat nak makan ayam bakar.  

menu berbuka puasa, lauk mudah, resipi ayam, ayam masak sedap dan mudah
gambar dikongsi daripada fb

AYAM BAKAR BEREMPAH

Bahan
1/2 ekor ayam
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 labu bawang besar ]
3 ulas bawang putih ] kisar halus
2 inci halia ]
garam secukup rasa

Cara Membuat
1. Bersihkan ayam dan basuh. Tuskan sehingga kering.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Perapkan selama 2 jam atau lebih.
4. Gunakan pemanggang ajaib atau kuali non-stik bakar ayam selama 30 minit sambil balikkan sekali sekala.
5. Hidangkan dengan sos lada hitam atau sos cili.


menu berbuka puasa, lauk mudah, resipi ayam, ayam masak sedap dan mudah
gambar dikongsi daripada fb

AYAM PANGGANG BLACKPEPPER

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - potong suka hati
2 inci halia
6 ulas bawang putih
4 sudu besar sos tiram
Coarse black pepper secukupnya
Sedikit madu
Sedikit garam
Sedikit minyak zaitun - renjis

Kisar halia dan bawang putih sehingga halus. Lumur pada ayam. Satukan sos tiram dan madu. Lumur lagi pada ayam. Akhir sekali tabur serbuk lada hitam.  Masukkan ke dalam loyang bersesuaian. Renjis dengan minyak zaitun. Bakar pada suhu 150C sehingga ayam masak. Saya bakar lama dalam 1 jam dengan diterbalikkan dan direnjis minyak dari masa ke semasa.


AYAM PANGGANG ROSEMARY


Yang ni resipi rekaan en hubby.  Memang sedap dan mudah nak sediakan.  Ayamnya juicy dan sedap secukup rasa. Sedap juga kalau dipadankan dengan nasi minyak.  Kat rumah akak, mesti ada nasi.  Nak makan ala-ala western pun boleh. Korang boleh sediakan menu sampingan seperti salad, kentang goreng ataupun kentang putar.  

menu berbuka puasa, lauk mudah, resipi ayam, ayam masak sedap dan mudah

Makan ayam macam ni pun dah cukup. Kalau korang nak cuba boleh tengok resipi akak share kat SINI

Korang masak apa hari ni ?



3 Comments

  1. sedapnya ayam bakar! puasa kalini takmakan lg

    ReplyDelete
  2. sedapnya ayam panggang dimakan begitu saja pun sedap

    ReplyDelete
  3. uuish sedap nampak tu.. menu macam ni orang dewasa pun suka..
    i loooike..

    ReplyDelete