Keladi Masak Asam Pedas Rebus.  Salah satu menu yang akak paling suka di bulan Ramadhan ini ialah keladi masak asam pedas rebus.  Rasanya yang masam-masam pedas memang sangat membuka selera makan.  Masakannya pun mudah disediakan.  Bahan-bahanpun tak susah nak cari. 


masakan tradisi melayu, menu mudah, masakan simple berbuka puasa, ubi


Resipi Keladi Masak Asam Pedas Rebus

Bahan-bahannya :

3 tangkai batang keladi bersama isinya
segenggam udang halus kering (geragau kering) - dikisar
3 ulas cili merah - dikisar
cili kering  ikut pedas - dikisar
2 biji bawang merah - dikisar
sedikit belacan - dikisar
1 batang bunga kanta - belah dua
2 tangkai daun kesum
3 keping asam keping
garam secukup rasa 
air secukupnya 
*beberapa biji belimbing buluh (optional - akak masukkan sebab ada banyak di rumah)

Cara penyediaannya:

1. Siang keladi dengan cara buang kulit di batang keladi dan potong-potongkan.
2. Potong juga isinya/ubinya dan basuh.
3. Selepas cuci bersih, masukkan ke dalam periuk dengan air agak-agak tenggelam dan rebus sebentar batang dan ubi keladi tadi.
4. Agak-agak separuh empuk, toskan dan ketepikan dahulu.
5. Rebus air baru agak-agak melepasai kandungan keladi di dalam periuk.
6. Masukkan bahan kisar, asam keping, daun kesum, bunga kantan, belimbing buluh, gula dan garam secukupnya. 
7. Agak mendidih, masukkan batang keladi dan ubi yang telah direbus tadi.
8. Tak perlu biarkan lama, agak-agak sehingga ubi keladi empuk sepenuhnya.

 Dah siap dan boleh hidangkan dengan ikan kembung goreng.

Sambil menulis ni pun dah terasa-rasa dihujung lidah kuah asam keladi ni.   Ada sesetengah orang tak suka makan ubi keladi. Ubi keladi adalah favorite akak, tak pernah tak habis kalau masak.  Ada sesetengah ubi keladi gatal bila di makan atau isinya tidak empuk.  Yang ni kalau dapat memang frust tau.

Selain daripada asam rebus, keladi juga sedap dimasak asam pedas tumis dan masak lemak cili padi.  Kalau tak percaya, korang boleh cuba !

5 Comments

  1. saya pernah rasa kemudian gatal2 tekak.. tapi tak serik sebab sedap makan lagi hahaha.. dalam fam tak ada sapa yang makan keladi ni saya belajar makan di uni kwn2 ajar. sedapp..

    ReplyDelete
  2. ubi keladi goreng pon sedaap jugak., ;p

    ReplyDelete
  3. yang best nya resepi ni takyah tumis-tumis pecah minyak hehehe

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak azie.....lama betul tk jenguk blog akak...done follow IG kak azie jugak

    ReplyDelete