Servis Rekabentuk Dalaman Rumah Mampu Milik Tampak Mewah Dengan Design Collection IDW
Servis Rekabentuk Dalaman Rumah Mampu Milik Tampak Mewah Dengan Design Collection IDW| Mempunyai sebuah rumah yang kemas, teratur, cantik merupakan idaman hampir setiap keluarga. Tak kiralah rumah itu kecil, sederhana mahupun besar tersergam, kekemasan dan susunatur dalaman adalah paling diberi keutamaan sebab di sinilah tempat kita sekeluarga akan menghabiskan kebanyakan masa selepas seharian di pejabat ataupun di luar mencari rezeki mahupun menuntut ilmu. Bila pulang ke rumah, kita mahukan suasana yang aman, damai, tenteram, tenang. Bertuah rasa kalau dapat sentuhan servis rekabentuk dalaam rumah yang mampu milik.
Di mana ruang pun di dalam rumah, memang seboleh mungkin tidak mahu terlepas daripada suasana ini. Tak pernah sekalipun masa luang akak tak terfikir untuk memperindahkan ruang di rumah. Berangan selalunya...berangan tak kena bayar kan! Tapi selalunya ketandusan idea, maklumlah budget kecil-kecilan. Sehinggalah akak terjumpa buku IDW Design Collection. Banyak koleksi idea yang dikongsikan di dalam buku ini untuk kita cuba aplikasikan di rumah sendiri. Tak perlu dapatkan perabot perkakasan yang mewah, yang biasa-biasa pun boleh, yang penting kita boleh guna idea yang dikongsikan dalam buku ini.
Cabaran Membina IDW
Memulakan syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman, IDW Design & Build (IDW) pada tahun 2007 ketika masing-masing berusia 21 tahun. Ketika itu, masing-masing baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Penubuhan syarikat didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM1.7 juta. Pada usia 24 tahun, pasangan ini menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai RM70k. Projek ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. Disebabkan kurang pengalaman dan faktor umur yang masih muda, pasangan ini seringkali ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang. Tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semangat buat pasangan ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan seterusnya ke peringkat Sarjana. Dalam masa yang sama menguruskan perniagaan IDW.
Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek sewaktu di peringkat sarjana akibat kurang memberikan komitmen masa dalam pembelajaran. Pasangan ini juga terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan. Akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian. Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada tahun 2012 setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan. Mereka meneruskan tekad untuk membina empayar IDW walaupun terus berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.
Tragedi Kebakaran
Pengalaman ngeri yang membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW. Tragedi kebakaran IDW New Zealand pada tahun 2017 yang hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api. Bertitik tolak dari tragedi itu, menjadi `push factor' untuk pasangan ini mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW. Tekad mereka untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna.
Fenomena COVID
Tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus COVID. Akibatnya seluruh negara berhadapan `total lock down' dan semua individu hanya duduk di rumah. Bersikap sentiasa bersedia mendepani apa juga cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan. Sasaran utama untuk lebih fokus, mengkaji kembali kemungkinan yang sukar diramal dan bersiap sedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik.
Disebabkan arahan kawalan pergerakn menyebabkan ramai yang mahukan ruang kediaman lebih selesa dan tidak membosankan. KEsannya, permintaan untuk mencantikkan ruang kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang lebih selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga. Disebabkan `New Normal' ini, telah mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection.
Servis Eksklusif dan Harga Yang Perlu Dibayar
Sebagai jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini, IDW berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan. Keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati citarasa pelanggan, membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi. Malah IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenal pasti citarasa dan rekaan yang berkualiti. Servis rekabetuk di IDW bermula dari RM6k kadangkala menghadkan kesedaran kepada semua pemilik. Dengan adanya Design Collection, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dngan tawaran harga yang sangat mampu milik.
Dengan adanya Design Collection, IDW berusaha membantu merealisasikan impian degan tawaran harga yang sangat mampu milik. Buku Design Collection ini menawarkan 200 pilihan rekabentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi.
INSTAGRAM : WEBSITE : FACEBOOK
0 Comments