Resipi Terung Goreng Bercili.  Dah lama tak share resipi kan? Ada je masak-masak setiap hari, ada gambar cuma tak sempat nak mengarang kat sini.  Hari ini akak nak share satu resipi yang simple dan mudah nak sediakan. 



resipi mudah, masakan sedap, resipi sambal, resepi mudah dan sedap, menu tengahari

Terung Goreng Bercili

Bahan-bahan:

2-3 biji terung panjang 
5-6 biji cili merah - nak lebih pun boleh
4-5 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
sedikit belacan
ikan bilis
minyak menggoreng
sedikit kunyit
sedikit asam jawa
guna dan garam secukup rasa

Cara penyediaannya juga senang.  Cili, bawang merah, bawang putih, belacan dikisar sederhana halus.  Potong terung kepada 4 bahagian. Kalau terung tak berapa panjang, memadai belah kepada dua bahagian sahaja.  Gaul sedikit garam dan sedikit kunyit.  Goreng dahulu terung separa lembut.  Goreng ikan bilis dan ketepikan.  Tumis bahan kisar sampai pecah minyak dan agak garing.  Kalau nak, korang boleh juga masukkan satu atau dua sudu makan  cili kisar. Tak masuk pun tak apa.  Bila cili dah garing dan masak, masukkan sedikit asam jawa.  Kalau pekat boleh masukkan sedikit air.  Bila dah sesedap rasa, bolehlah masukkan terung tadi dan gaul. Lepas tu masukkan ikan bilis goreng tadi, gaul sebentar dan siap.  Kadang-kadang akak tak gaul sekali sambal cili dan terung tapi akak susun terung goreng atas pinggan elok-elok, kemudian akak curahkan sambal cili tadi ke atas terung.  Kemudian taburkan ikan bilis goreng.  Bila nak makan baru gaul-gaulkan.  Terpulanglah cara mana yang korang nak guna untuk menikmati terung goreng bercili ni.  Makan dengan nasi putih je pun dah cukup menyelerakan.  

Cubalah yer !


2 Comments