Resipi Rendang Kerang

Friday, March 26, 2021

 Resepi Rendang Kerang.  Rendang kerang antara masakan yang jarang sekali dibuat tapi kalau buat memang tak cukup.  Kalau dulu hanya akak dan en hubby ja yang suka tapi sekarang ni anak-anak pun suka juga.  Tak perlu tunggu hari raya, bila teringin boleh buat. Akak share resipi rendang kerang sedap ni untuk korang cuba, manalah tahu nak masak best best sikit hujung minggu ni.


Kebaikan Pengambilan Kerang

Dalam setiap makanan mesti ada baik dan buruknya kan. Akak nak share sisi baik pengambilan kerang. Akak dapat ni daripada pembacaan di media sosial dan akak share dengan korang. Tak semestinya penerimaan sama bagi setiap orang.

  • membantu pengawalan tahap kolestrol
  • baik untuk darah
  • pencegahan perkembangan penyakit sistem kardiovaskular

resipi hari raya, resipi sedap, masakan kerang, masakan tradisi , masakan perayaan
Rendang kerang yang kami buat sendiri berpandukan resipi ini. 

Resipi Rendang Kerang

(akak share daripada azikitchen)

Bahan bahan:
1 mangkuk isi kerang - 1 kg kerang
½ - ¾ biji kelapa parut - santan
1 batang serai - ketuk
2 sudu besar cili kisar kering
1 keping asam keping
1 sudu besar garam kasar
1 sudu besar gula Melaka
1 sudu besar kerisik
½ helai daun kunyit - hiris

Bahan kisar:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
½ inci lengkuas
½ inci kunyit hidup
1 batang serai

Cara cara:
Masukkan bahan kisar dan santan ke dalam kuali. Kacau sehingga mendidih dan kuah pekat. Masukkan asam keping dan garam. Terus kacau sehingga ianya terbit minyak. Setelah kuah hampir kering dan terbit minyak, masukkan kerisik dan gula Melaka. Kacau lagi. Setelah kuah naik minyak cantik, tuangkan isi kerang dan kacau rata.  Akhir sekali tabur daun kunyit dan sesuaikan rasa.

Akak suka guna resipi Azikitchen ni. Sedap ! 

Kalau makan dengan nasi putih, boleh padankan dengan telur dadar yang sedap dan tebal. Cara buat telur dadar macam jual di kedai, boleh baca kat sini --- Telur Dadar Sedap




You Might Also Like


0 comments

Like us on Facebook

Followers