Cosmoderm Perfect Balanced Set: 4 Langkah Mudah Penjagaan Wajah Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit
Wednesday, March 10, 2021Cosmoderm Perfect Balanced Set : 4 Langkah Mudah Penjagaan Wajah Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit. Sesekali kita bercerita tentang penjagaan diri pula. Wanita dan kebersihan serta kecantikan memang selalu seiring tidak berpisah. Siapa yang tak mahu kelihatan cantik, punyai wajah yang bersih dan segar. Ada pelbagai jenis produk penjagaan kulit muka di pasaran, yang penting kena pandai pilih yang sesuai. Bagi pengguna rangkaian produk Cosmoderm, terkini Cosmoderm melancarkan produk baru Cosmoderm Perfect Balanced dengan rumusan Prebiotik dan Calamine yang sesuai untuk semua jenis kulit.
Cosmoderm Perfect Balanced
Cosmoderm Perfect Balanced dihasilkan dengan kandungan dua bahan utama iaitu prebiotik dan calamine. Prebiotik adalah sejenis bakteria baik yang membantu menyeimbangkan mikrobioma kulit untuk mengelakkan kemerahan dan meningkatkan kecerahan kulit. Manakala calamine pula merupakan ramuan yang terkenal khasiatnya yang baik untuk mengurangkan kerengsaan kulit dan kegatalan. Ia juga mengurangkan minyak dan kemerahan pada kulit.
Rangkaian set Cosmoderm Perfect Balanced ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit normal, kulit sensitif, kulit berminyak dan berjerawat.
0 comments