10 Jenis Senaman Mudah Yang Boleh Dilakukan Sendiri Di Rumah.  Siapa yang masih lagi bekerja daripada rumah? Tahun 2021 ni belum seharipun lagi akak jejakkan kaki ke pejabat.  Masih lagi bekerja daripada rumah.  Kadang-kadang rasa tepu juga sebab dok bercakap sorang-sorang bila nak selesaikan isu customer.  Meeting pun tengok muka dan dengar suara di laptop aje.  Rindu kat kawan-kawan membawang, rindu nak gaduh-gaduh manja dengan team lain.  Sekarang ni dah PKPB tapi latar belakang kerja akak masih lagi dibenarkan bekerja dari rumah saja. Kat pejabat pun banyak urusan keluar masuk anggota sebab ada yang perlu buat sales berjumpa pelanggan, melawat lokasi pelanggan untuk isu-isu tertentu dan pelbagai lagi. So untuk team akak yang banyak bekerja sebagai support adalah lebih sesuai bekerja di rumah.  

Bila bekerja di rumah ni, macam-macamlah `gangguan' daripada isi rumah.  Betul-betul kena pandai manage masa.  Rasa lebih sibuk daripada bekerja di pejabat.  Tapi dalam sibuk-sibuk tu, kena juga cari masa buat senaman mudah.  Maklumlah kat rumah macam-macam godaan ada. Badan pun makin berisi dibuatnya. Akak bukan jenis yang rajin nak buat senaman berat-berat, yang ringan pun kadang-kadang culas.  Tapi kena jugalah ambil berat dan buat mana yang larat.  Bila dah bekerja dari rumah ni, semuanya nak kena pandai atur dan plan.  Kalau tak plan betul-betul tugasan daripada awal pagi sampai malam memang tunggang langgang jugak jadinya, tambahan sekarang ni adik wan dah mula sekolah semula.  Dari awal pagi memang dan ke sana ke sini dalam rumah, daripada buat sarapan, menghantar anak ke sekolah, sambung pulak dengan mengemas sikit-sikit dan berterusanlah sampai ke malam.  Eh boleh tak itu juga dikira sebagai senaman? Pandailah akak kan..nak mengelat ! 


10 Jenis Senaman Ringan Di Rumah

Antara azam yang renew setiap tahun ialah - tak mahu tambah berat badan.  Kalau dapat kurangkan ianya satu bonus, dapat kekalkan pun dah cukup baik.  Jadi cara nak kekalkan ialah selain daripada kawal pengambilan makan (yang ni selalu terbabas), kenalah juga keluarkan peluh.  Tak perlu lama, dapat buat 30 minit sehari pun dah cukup. Antara senaman mudah yang korang boleh cuba buat kat rumah sendiri atau ajak anak-anak sekali.  

1. Push Up

Tak kira lelaki atau wanita, boleh cuba buat push up ni.  Ianya boleh bantu tingkatkan daya tahan otot pada bahagian atas badan.  Boleh juga meningkatkan sistem kardiovaskular dan membaik pulih postur badan serta mengurangkan risiko sakit belakang.  Tak perlu paksa kalau badan tak boleh buat, boleh cuba dengan kiraan yang sedikit dulu.  

2. Mountain Climbing

Aktiviti ini akan beri fokus pada otot kaki, otot belakang, pinggul, dada, bahu.  Ianya dapat meningkatkan kekuatan seluruh tubuh. 
senaman ringan, senaman untuk wanita, badan segar dan sihat, kuruskan badan, bakar kalori

3.  Wall Push Up

Paling senang nak buat. Cari saja mana-mana dinding kat rumah dan korang boleh cuba senaman ini.  Senaman ini akan lebih fokus pada dada, tangan, bahu, triceps dan biceps.  Ianya boleh membantu menguatkan otot di bahagian tangan, meningkatkan kestabilan badan serta membina otot di bahagian dada dan bahu.

senaman ringan, senaman untuk wanita, badan segar dan sihat, kuruskan badan, bakar kalori

4. Bicycle Crunch

Antara senaman yang akak suka. Senaman ini akan fokus pada bahagian perut, pinggang, peha dan bahagian belakang badan.  Ia dapat membina otot perut dan lebih cepat membakar lemak.  Mula-mula memang rasa lenguh tapi bila dah selalu buat hilang dah rasa lenguh-lenguh tu.

senaman ringan, senaman untuk wanita, badan segar dan sihat, kuruskan badan, bakar kalori

5. Sit Up

Kekerapan melakukans senaman sit up akan membantu meningkatkan kadar metabolisme dan lebih cepat membakar kalori. 

6. Leg Raises

Senaman ini sesuai untuk menguatkan pinggul dan kaki di samping memperbaiki postur badan.  Fokus adalah pada bahagian perut, otot kaki, punggung, belakang badan dan peha. Ianya juga membantu mengurangkan risiko sakit belakang.

7. Jumping Jack

Pergerakan ini boleh membantu menstabilkan pergerakan tubuh.  Salah satu senaman yang boleh mempercepatkan pembakaran kalori. Tapi pastikan anda mampu membuatnya.

senaman ringan, senaman untuk wanita, badan segar dan sihat, kuruskan badan, bakar kalori

8.  Aerobik & zumba

Antara senaman yang akak suka.  Bersenam sambil diiringi dengan alunan muzik memang sangat membantu pergerakan. Selain itu, senaman ini boleh dibuat bersama anak -anak dan ahli keluarga.  Luangkan sebentar masa petang dan bolehlah beraerobik bersama.  

9. Berjalan/naik tangga

Boleh juga bersenam di luar rumah. Bagi yang ada kawasan lama, boleh berjalan ulang alik atau tanam bunga dan kemas halaman. Ini juga boleh mengeluarkan peluh. Kalau rumah bertangga, boleh turun naik tangga.  Buat dalam 10-15 minit boleh dapat banyak langkah juga. Lakukan dua ke tiga kali sehari.

10. Lari Setempat

Bila bersenam ni pastikan ada iringan muzik rancak sekali baru rasa lebih bersemangat.  

Senaman-senaman ringkas ini memang membantu mengeluarkan peluh dan membakar lemak.  Tak perlu ambil masa yang lama, 15 - 30 minit sehari pun cukup. Tambahan sekarang ni musim pendamik, beraktiviti dalam rumah pun adalah lebih baik daripada berada di luar.  Yang penting kita kena kekal fit.

Jom bersenam !!


0 Comments