Full Episod Drama Takdir Yang Tertulis.  Siapa follow drama ni? Akak follow tapi bukan live, tengok bila ada masa senggang, kadang-kadang marathon 2-3 episod sekali.  Nak bagi berapa bintang? Akak bagi 4.5 daripada 5 bintang.  Pelakon pun best bawa watak masing-masing. Suka dengan Nad Zainal, termasuk juga Uchee dan Didie Alias.  Kau boleh rasa suka dan kau boleh rasa marah tengokkan lakonan diaorang ni.  Pada yang tak mengikuti drama ni, akak cadangkan korang tengoklah, tak rugi, banyak pengajaran juga.  Full episod ni akak share dengan korang.


drama, drama menarik, drama terkini, drama rugi tak tengok


Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis

Juweta dan Azlan merupakan sepasang suami isteri yang sentiasa mempunyai masalah rumah tangga. Azlan (Nazim Othman) merupakan Ketua Pegawai Operasi, manakala Juweta (Nad Zainal) adalah seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik keluarganya. Kadang kala ketegangan antara mereka turut dirasai di tempat kerja terutamanya ketika Azlan telah membentangkan idea dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tanpa persetujuan Juweta. Lalu berlaku satu pertengkaran besar di pejabat mereka.

Peristiwa yang amat memalukan Azlan itu telah diadukan kepada rakan baik mereka, yang juga pembantu peribadi Juweta, Ruhila (Elvina Mohamed). Bukan itu sahaja yang diadukan kepada Ruhila, kebanyakan perihal Mika (Isaac Iman), anak Azlan dan Juweta juga telah diserahkan kepada Ruhila. Kebergantungan menyeluruh Juweta kepada Ruhila adalah kerana kesibukan Juweta dengan hal syarikatnya.


drama, drama menarik, drama terkini, drama rugi tak tengok
Akak suka watak Mika. Tak padan dengan usia, berfikiran macam dewasa.


Azlan akhirnya tidak tahan lagi dengan Juweta yang tidak pernah menghormatinya sebagai suami, telah melafazkan cerai terhadap Juweta. Sebuah lagi pertengkaran besar tercetus antara mereka sehingga dipanjangkan ke pengetahuan Mika.

Berasa dikhianati, Juweta nekad untuk ke pejabat dan memecat Azlan. Tetapi, tibanya Juweta di pejabat, Juweta terkejut saat melihat kehadiran peguam syarikat untuk membawa khabar buruk. Apakah khabar buruk tersebut yang ingin disampaikan peguam syarikat Juweta?

Tidak sahaja dibuang daripada syarikat sendiri, berlaku pulak perebutan anak antara Juweta dan Ruhila.  Di sini pelbagai rahsia terungkai. Persahabatan yang sekian lama terjalin diuji. 

Bagi yang mengikuti drama ni memang macam-macam rasa bersilih ganti - sedih, marah, geram, suka.  Betul kata orang tua-tua, jangan terlalu percaya pada sahabat sendiri, silap-silap sahabat sendiri tikam kita dari belakang.  Berkawan biarlah berpada-pada, takut nanti diri sendiri yang merana.

Pelbagai pengajaran korang boleh dapat daripada drama ini.  Tak rugilah korang tengok.

Jaz, Kaka Azraff - Karma | OST “Takdir Yang Tertulis

 
 


Episod Penuh Drama Takdir Yang Tertulis







Akhir yang tak terfikir dek akal.....



0 Comments