Resipi Ayam Goreng Halia Bermadu.  Musim PKP ni kita share lebih sikit resipi.  Boleh juga bagi idea untuk korang sediakan menu untuk hidangan keluarga.  Pelan-pelan akak cari mana-mana masakan yang akak belum share dekat sini lagi pastu pelan-pelan tulis resipinya supaya kalau korang berminat, korang boleh cuba.  Kalau masakan berasaskan ayam mesti ramai peminatkan.  Akak pun suka, anak-anakpun suka.  Tambahan bila tiba mood rajin en hubby, dia akan try and error pelbagai masakan ala Thai yang selalu nampak orang order di kedai.  Kali ni kita berkongsi resipi Ayam Goreng Halia Bermadu.  Mudah disediakan dan pastinya sedap !


Resipi Ayam Goreng Halia Bermadu

menu ayam, masakan cepat dan sedap, menu istimewa, masakan ayam

500gm ayam - potong kecil
4 ulas bawang putih - hiris nipis
halia sebesar ibu jari - hiris nipis memanjang
3-4 cili padi - diketuk
1 biji bawang besar - potong bulat
1 sudu kicap cair
1 sudu sos tiram
1 sudu cili kisar
1 sudu madu
1 biji cili merah - potong serong
1 setengah sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
daun bawang dan daun sup untuk hiasan - takde pun tak apa
serbuk kunyit untuk gaul ayam
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan :

Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng masak tapi jangan garing sangat.  Angkat dan ketepikan. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia serta cili padi sehingga naik bau. Masukkan pula cili kisar, sos tiram, dan kicap cair.  Kacau seketika jangan sampai hangus.  Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Kalau pekat boleh tambah sedikit air. 

Masukkan ayam goreng tadi dan kacau rata.Masukkan madu. Kalau tak cukup sesudu boleh tambah sesudu lagi. Perasakan dengan garam dan gula. Garam dan gula tak perlu banyak dah sebab kita dah masuk kicap dan madu. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Dah siap.

Angkat dan tabur dengan daun bawang dan dah  boleh dihidangkan bersama nasi panas. Kalau rajin gandingkan dengan telur dadar. Kalau tak rajin, satu mata lauk ni sajapun dah lebih daripada cukup.
Kalau anak semua ada dirumah, memang tak berbaki, habis sekelip mata saja. Cubalah yer!

5 Comments

  1. Unik juga belum pernah buat lagi.
    Terima kasih kongsi resipi.

    ReplyDelete
  2. kdg surrender kalau masak x jd 😂😂😂

    ReplyDelete
  3. Haaa menarik,shida boleh cuba pulak nnt :)
    Tq sharing resepi ini :)

    ReplyDelete
  4. Waa....tengok gmbr pun dah tau sedap!

    ReplyDelete