Prestasai Blog Azirahman.com Sepanjang Bulan Disember 2020.  Diam tak diam dah masuk tahun 2021. Nak buat entry tahun baru pun dok bertangguh dari sehari ke sehari. Bila dah tinggal lama menulis, jadi lambat sikit nak panas cari idea menulis. Kita mulakan dengan cerita serba sedikit prestasi blog Azirahman.com sepanjang bulan Disember 2020.

Kalau diikutkan memang bulan Disember macam kurang entry. Tak terkejar masa nak menulis panjang-panjang walaupun ada macam-macam cerita nak share kat sini.  Kalau rajin nanti kita buat backdated story, akak pilih-pilihlah mana yang menarik.


blog, entry pilihan dalam blog,

Report google search ni banyak juga membantu untuk akak fokus pada apa yang akan nak tulis mengikut pencarian dalam google.  Alhamdulillah dari bulan ke bulan, nampak peningkatan readers yang singgah kat blog picisan akak ni.  Terima kasih korang sudi jugak singgah walaupun selalu cerita yang sama je korang nampak.  Doakanlah akak ni semakin rajin menulis.  Mencari idea yang sesuai dan memilih tajuk dan isi yang memikat hari korang untuk terus melekat di sini...chewah...

Disember Bulan Jalan-jalan Dan Cari Makan

Memang dah jadi kebiasaan, bila tiba Disember, ramai yang ambil peluang berjalan sana sini. Tapi pendamik yang melanda sekarang ni kenalah kita lebih berhati-hati.  Kerajaan pun dah beri kebenaran merentas negeri cuma terpulang pada kita sendiri untuk memilih masa dan lokasi yang sesuai.  

blog, entry pilihan dalam blog,
Entry berkaitan lokasi penginapan dan riadah keluarga memang jadi pilihan readers.  Bagi yang lebih suka meluangkan masa di rumah, link-link drama memang hot pick lah.  Samalah macam akak, dari satu siri drama ke satu siri drama akak buat marathon.  Ye lah kan sambil menghabiskan cuti tahunan yang tidak boleh carry forward.

blog, entry pilihan dalam blog,

Entry masakan memang sentiasa jadi hot pick , apatah lagi bila musim-musim cuti ni.  Lepas ni kena rajin-rajin lagi berkongsi resipi menarik terutama yang simple dan sedap.  Sepanjang wfh ni macam-macam masakan baru dan lama yang kami cuba. Tambahan anak-anak semua ada di rumah, lebih selesa dan jimat bila masak sendiri di rumah.  Nanti akak share yer. 

Selain daripada entry yang menarik, akak nak terus gali ilmu SEO untuk cuba tempatkan ranking entry di page pertama google search.  Daripada mula aktif menulis di blog sampai sekarang memang nampak perubahannya bila tahu serba sedikit tentang ilmu SEO ni.  Template blog juga membantu tapi buat masa ini akak akan kekalkan dahulu template yang sama. Bila dah jemu nanti bolehlah tukar.  Terima kasih pada blogger lama dan baru yang banyak juga beri ilmu tentang blog.  Kalau minat menulis, teruskan dengan blogging, tak rugi pun.

Harap-harap tahun 2021 ni akak akan rajin dan terus bermotivasi untuk menulis.  Korang doakanlah ye!









5 Comments

  1. Tahniah..teruskan berblogging akak

    ReplyDelete
  2. Tahniah kak!! Keep it up for 2021

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Lama x dtg ke sini. Jom istiqamah untuk terus aktif menulis pd thn 2021 ini? Done follow blog Azira...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah banyak juga jumlah klik dan pengunjung.

    ReplyDelete