Mudahnya Menyediakan Telur Bungkus.  Apa sahaja yang berkaitan dengan menu telur, pasti membuka selera kami seisi rumah.  Tambah-tambah pada Dzakwan, yang sememangnya penggemar menu telur.  Kalau masak telur mata atau dadar pun dah menyelerakan.  Jangan terkejut kalau dalam sebulan, sepapan telur tak pernah cukup. Mak ayah lah nak kena kreatif hasilkan menu menarik dan menyelerakan berasaskan telur.  Telur bungkus antara makanan kegemaran anak-anak. Cukup dengan hanya telur bungkus dan nasi putih, boleh jadi hidangan malam yang mudah dan menyelerakan.  Menyediakan hidangan telur bungkus tidaklah susah mana cuma kadang-kadang kita fail bahagian menyediakan telurnya. Akak pun kadang-kadang bila buat bahagian telur, tidak cantik kejadiannya.  En hubby terror lah bab-bab ni...

resipi telur bungkus, menu mudah untuk makan malam, lauk kegemaran anak-anak

Bahan-Bahan Inti Telur Bungkus

Isi ayam - potong dadu atau cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar/holland - potong dadu 
3-4 cili padi - potong kecil
1/3 batang carot - potong dadu
1/2 @ 3/4 biji tomato - potong dadu
Bunga kobis - potong dadu
2-3 batang kacang buncis atau kacang panjang - potong kecil (kalau guna kacang panjang, 1 batang pun cukup)
Sos tiram
Sos tomato
Cili kisar
*ketiga-tiga bahan ni guna agak-agak rasa
garam dan gula
*Jenis sayuran yang digunakan boleh ditambah, dikurangkan atau dipilih mengikut citarasa masing-masing. 

Cara Penyediaan 

Mula-mula tumiskan bawang putih dan bawang besar. Masukkan cili kisar.  Biarkan sebentar dan masukkan sos tiram dan tomato. Masukkan ayam. Tak perlu tambah air kerana ada air ayam yang akan tambah perisa masakan.  Akhir sekali masukkan segala jenis sayur tadi dan kacau sampai masak.  Bila dah masak angkat dan ketepikan sebab kita nak sediakan telurnya pula.

resipi telur bungkus, menu mudah untuk makan malam, lauk kegemaran anak-anak

Biasanya akak akan gunakan 2 biji telur untuk dapatkan hasil yang elok.  Pecah telur dan kacau. Panaskan kuali betul-betul. Masukkan sedikit minyak masak dan ratakan keliling kuali. Pastikan semua bahagian dalam kuali tu kena minyak.  Ini untuk mengelakkan telur melekat dan koyak.  Bila dan panas elok, masukkan telur dan ratakan sebesar yang boleh keliling kuali.  Api tak perlu kuat, pelan ja.

resipi telur bungkus, menu mudah untuk makan malam, lauk kegemaran anak-anak

Bila dan dadar telur tu, masukkan isi telur bungkus yang kita dah sediakan tadi.  Kemudian bolehlah mula melipat bahagian tepi telur untuk jadikan empat segi dan  menutupi semua isi tadi.  Part yang paling mencabar.  Tangkupkan pinggan ke dalam kuali. Kemudian angkat kuali dan terbalikkan supaya telur bungkus tadi elok terletak dalam pinggan. Lebih kurang begitulah caranya yang akak selalu buat.

resipi telur bungkus, menu mudah untuk makan malam, lauk kegemaran anak-anak

Mudah sangat kan! Bahagian isi tu, ikut apa yang ada saja. Inilah menu penyelamat akak bila dah takde idea nak masak apa. Cubalah ...

 






7 Comments

  1. fav telur bungkus tp husband yg masak....lama tk mkn

    ReplyDelete
  2. Sedap juga sekali sekala buat telur bungkus :)

    ReplyDelete
  3. Tidak pernah buat sendiri jadi tidak pernah telangkup. Nanti boleh buat.

    ReplyDelete
  4. tak pernah buat jugak.boleh jadi list menu pkp 2.0 nie :)

    ReplyDelete
  5. Wah, akak kena tunjuk demo ni baru saya paham. hihi

    ReplyDelete
  6. makanan versatile...dari bujang sehinggalah bercucu ia tetap relevan

    ReplyDelete
  7. Buat untuk bawa bekal pergi kerja pun sedap ni. Nak cuba la

    ReplyDelete