Masak Lemak Pucuk Ubi Dengan Ikan Tongkol.  Hari ini nak share resipi masak lemak pucuk ubi dengan ikan tongkol.  Gara-gara ternampak Dato Rizalman goreng pucuk ubi semalam di instagram.  Teringat pulak en hubby ada petik pucuk ubi petang semalam masih belum dimasak lagi.  Dek kerana dah terlewat sediakan makanan, kenalah fikir menu yang mudah dan cepat disediakan.  Bila bekerja dari rumah disertai dengan anak-anak yang belajar online, mak-mak ni kenalah kreatif sikit walaupun selalu ketandusan idea masakan.

Resipi Masak Lemak Pucuk Ubi Dengan Ikan Tongkol

menu orang kampung, masakan tradisi, menu sedap dan mudah dimasak



3-4 potong ikan tongkol
pucuk ubi - ikut lah nak guna banyak mana, secekak pun boleh
10 biji cili padi - akak guna cili padi purple sebab yang biasa punya dah habis. Kalau tak cukup pedas tambahlah lagi
1 kotak santan KARA (akak guna 3/4 sahaja)
2 keping asam gelugor
kunyit sebesar ibu jari (kalau tiada, boleh guna 1 sudu besar serbuk kunyit)
1 biji bawang besar
garam secukup rasa
*bawang, kunyit, cili padi -- dikisar dahulu


Bersihkan ikan. Ada resepi yang akak baca, goreng ikan separuh masak tapi akak tak goreng ikan ni. Terpulang pada citarasa masing-masing.  Bersihkan pucuk ubi, basuh dan rebus separuh lembut.  Sambil tu masukkan bahan kisar dalam periuk. Akak masukkan juga sesudu minyak masak, tak masuk pun tak apa. Masukkan secawan air dan gaul rata dengan rencah yang ada dalam periuk tadi. Masukkan pucuk ubi yang dah direbus separa. Tambah sedikit air agak-agak daun ubi tu tenggelam. Biarkan agak-agak daun ubi lembut dan masukkan ikan. Jangan lupa masukkan santan dan asam keping.  Sambil tu korang jangan berhenti mengacau supaya kuah tak pecah minyak. Perasakan garam ikut selera masing-masing. Biarkan kuah mendidih sebentar dan ikan masak.  Lepas itu bolehlah padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.

menu orang kampung, masakan tradisi, menu sedap dan mudah dimasak



Masak lemak ni akak masukkan belimbing buluh. Dah terlanjur tengah lebat berbuah.  Cili padi pun guna yang warna purple. Kutip-kutip tepi rumah. Pedas boleh tahan juga. Masa PKP awal dululah cuba macam-macam tanaman mudah. Hasilnya dapatlah juga guna serba sedikit. Masak lemak ni kalau digandingkan dengan ikan kering atau pekasam memang tak toleh kiri kanan dah.

Jom cuba !



4 Comments

  1. First time jumpa cili padi kaler purple. Masak lemak pucuk ubi tu nampak sedap 😋

    ReplyDelete
  2. Uish dah lama tak makan masak lemak cili api. Ni yang mengidam ni. Hahahahah

    ReplyDelete
  3. my febret 😋😋😋

    ReplyDelete