Kalakatar Resipi Kuih Tradisi Masyarakat Banjar.  Seronok juga belajar buat kuih tradisi pelbagai masyarakat di negara kita ini.  Kalakatar atau biasa kita panggil kuih bengkang, diperbuat daripada isi dan air kelapa muda. Kuih kalakatar ini merupakan antara kuih tradisi masyarakat banjar.  Bertuah rasanya sebab en hubby berketurunan banjar, dapatlah juga akak tumpang belajar dan rasa kuih-kuih tradisi orang banjar.  Setakat ni dah ada beberapa jenis yang dah cuba dan anak-anak pun suka.


kuih tradisi, kuih sedap, kuih mudah disediakan, kuih turun temurun


Kuih kalakatar ini dihasilkan daripada kelapa muda. Isi dan air kelapa muda.  Awal dulu rasa pelik juga sebab bila tengok rupanya, akak kata itu kuih bengkang.  En Hubby kata biasanya kuih kalakatar ini dimakan ketika masih panas-panas dan lembik bergetar.  Tapi ikut sukalah boleh juga makan selepas disejukkan supaya ianya sedikit kenyal. Bila sebut kalakatar macam nama gunung berapi...sebab itulah agaknya dimakan panas-panas..pandai je lah kan!


Resipi Kuih Kalakatar

Resipi ni akak baca dalam fb. En hubby yang sharekan sebab nak cuba buat. Dialah yang beriya-iya nak cuba. 

5 cawan air kelapa muda (lebih kurang 2 biji)
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (kami kurangkan jadi 3/4 sahaja)
2 cawan isi kelapa
1/2 sudu teh garam
2 biji telur

Cara penyediaannya juga mudah.  Campurkan semua bahan kecuali isi kelapa ke dalam bekas dan kacau sebati.  Tapis dan tuang dalam periuk.  Guna api sederhana dan kacau sampai berwap, bukan menggelegak yer.  Bahan ini kena selalu kacau.  

kuih tradisi, kuih sedap, kuih mudah disediakan, kuih turun temurun


Lenser loyang dengan marjerin dan tuang bancuhan yang dimasak tadi. Taburkan isi kelapa diatasnya. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan 200C selama 90 minit.   Api atas bawah. Kuih ni memang lembek dan bergoyang-goyang bila digerakkan.  Akak akan sejukkan dahulu dalam peti ais untuk jadikan ianya sedikit kenyal dan mudah dipotong. 

kuih tradisi, kuih sedap, kuih mudah disediakan, kuih turun temurun


Rasanya manis-manis sedikit, kalau korang tak berapa suka manis, boleh kurangkan lagi gulanya. MIL dan en hubby kata kuih ni manis lebih sedap tapi agak-agaklah yer.  Cubalah kuih-kuih tradisi ni kena juga diajar makan pada anak-anak muda, kalau tak nanti hilang ditelan masa saja. Ada banyak lagi akak plan nak cuba buat. 


1 Comments

  1. Sedap nampaknya.. tapi tu lah macam kami ni makan je tau he he..

    ReplyDelete