Jangan Terlepas Pandang Amalan Yang Mengundang Keberkatan

Friday, January 08, 2021

Jangan Terlepas Pandang Amalan Yang Mengundang Keberkatan. Dah seminggu kita berada di tahun baru 2021.  Tiada penampakan lagi pendamik covid19 ni akan beransur reda. Peningkatan kes dari hari ke hari semakin bertambah.  Tiada apa yang dapat mengubah keadaan kecuali kita sendiri yang berusaha mengubahnya.  Terjumpa perkongsian kawan dalam group yang akak rasa perlu akak kongsikan di sini supaya kita sama-sama tidak terlepasa pandang amalan yang mengundang keberkatan dalam kehidupan kita seharian.

40 Amalan Yang Mengundang Keberkatan

"Setiap muslim mendambakan keberkatan dalam rezekinya. Ini adalah antara amalan yang dapat mengundang keberkatan dalam rezeki kita jika dilakukan. Jika tidak mampu melakukan semuanya, lakukanlah sebahagiannya.."(Adaptasi daripada kitab al-Barakah fi Fadl al-Sa'y wa al-Harakah, Karya Muhammad bin Abdurahman bin Umar al-Hubaisyi al-Wusabi)

1. Menjaga solat fardhu lima waktu 

2. Ramah dan suka bergaul 

3. Membanyakkan istighfar pada setiap pagi dan petang 

4. Suka meminta nasihat sebelum melakukan sesuatu pekerjaan

5. Sentiasa menjaga wuduk 

6. Meminum madu

7. Berjimat cermat

8. Tidak kedekut berbelanja untuk keluarga

9. Menghormati para ulama

10. Berbuat baik kepada anak yatim

11. Banyak diam daripada berbicara

12. Mengisi waktu antara solat Maghrib dan Isyak dengan ibadah

13. Berlemah lembut terhadap isteri dan anak-anak

14. Tidak berbicara kecuali apabila diperlukan

15. Tekun menuntut ilmu

16. Menanam pokok

17. Mengamalkan makan bersama

18. Keluar pagi untuk mencari rezeki

19. Memberi dengan murah hati

20. Membanyakkan selawat

21. Menyambung silaturahim

22. Membantu orang susah

23. Membaca Bismillah sebelum memulakan sesuatu

24. Menamai anak dengan Muhammad atau Ahmad

25. Bersedekah di awal pagi

26. Sering melafazkan syukur dan memuji-muji Allah s.w.t.

27. Membela kambing

28. Melazimkan solat Duha

29. Membanyakkan puasa sunat

30. Memberi salam ketika masuk rumah

31. Beriktikaf di masjid dan mengimarahkannya

32. Menghormati makanan

33. Menjaga solat witir,solat subuh dan solat rawatib

34. Membela orang lemah dan asing

35. Berniaga dan bermusafir untuk mencari rezeki

36. Mengasihi semua orang

37. Berkahwin

38. Selalu membaca Al-Quran

39. Bertakwa dan bertawakal kepada Allah

40. Membanyakkan Ibadah haji dan umrah

*Petikan dari Majalah al-Ustaz isu 29 iaitu 40 amalan pembawa berkat. Moga bermanfaat!

Akak pun kadang-kadang terlepas pandang juga perkara-perkara mudah yang sebenarnya banyak mengundang keberkatan dalam kehidupan kita seharian.  Sentiasa berdoa semoga sekecil mana pun amalan yang kita buat akan diterima oleh Allah swt. 


tazkirah pagi, pesan jumaat, perbaiki amalan, tambah amalan, amalan baik-baik

photo: sumber google

Sentiasalah kita ingat pada kematian
Lupakan masa lalu, sentiasa berusaha perbaiki masa kini untuk keberkatan masa hadapan
Tunaikan amanah sebaik mungkin
Kawal nafsu sendiri
Jangan sesekali tinggalkan solat dan usaha tambahkan soalt sunat
Fikir sebelum berkata, diam lebih baik daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris hati

Jom sama-sama kita tingkatkan amalan seharian !



You Might Also Like


4 comments

  1. terima kasih sis atas peringatan yang paling bermakna ni..

    ReplyDelete
  2. Cuba hendak amalkan beberapa amalan secara istiqamah. Insya Allah.

    ReplyDelete
  3. sangat bermanfaat untuk diri ku ^_^

    ReplyDelete
  4. peringatan utk diri sendiri juga.. amin ya robbal alaminn

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Followers