Creamy Speghetti Carbonara Sambut Hari Lahir Kakak. Kita buat throwback sikit.  Hari kerja memang selalu begitu tapi semalam lebih sikit sibuknya sebab ada meeting yang wajib hadir dan juga perlu submit performance review staff bawah seliaan akak dan untuk diri sendiri jugak.  Rezeki kakak jugak penghulu hari minggu lepas merupakan hari lahir beliau jugak yang ke 19 tahun. Besar dah anak dara ibu ni tapi perangai keanak-anakan masih ada lagi. 

Seperti kebiasaan keluarga kami, setiap sambutan hari lahir  ahli keluarga kami cuba sambut dengan cara yang paling ringkas. Akak dan en hubby akan masak masakan yang sedikit istimewa  dan pastikan ada kek atas meja. Oleh kerana dah sibuk dengan kerja, kita masak yang ringkas-ringkas saja tapi sedap! Asalnya nak buat chicken chop tapi tukar pada menu yang lebih mudah Creamy Spaghetti Carbonara. Kita buat lain sikit daripada biasa.

Resipi Creamy Spaghetti Carbonara

masakan western, menu spaghetti, masakan mudah disediakan, sambutan majlis ringkas



Kali ini kita buat guna isi ayam. Bahan-bahannya ambil yang mudah-mudah saja.

Isi ayam - terpulang korang nak guna banyak mana. Kalau tak ada ayam boleh juga guna udang. Potong dadu kecilkalau guna ayam. Kalau nak guna udang, korang cincang-cincangkan. Boleh juga guna hotdog ( hiris nipis)
1 biji bawang holland - potong dadu kecil. Kalau tak ada bawang holand guna saja bawang besar
2-3 ulas bawang putih - cincang halus
3/4 biji tomato - potong dadu kecil
Brokoli - potong 
sos carbonara - akak guna sos carbonara san remo. Boleh je guna jenis lain pun asalkan ada tanda halal
1/2 cawan whipping cream (boleh letak lebih, ikut rasa)
1 paket spaghetti
sedikit butter
Serbuk basil dan origano
Sedikit garam

Cara penyediaan:

Rebus spaghetti dahulu. Biasanya air untuk merebut spaghetti ni akak akan masukkan sesudu minyak masak. Bila dah agak masak spaghettinya, akak campakkan brokoli yang telah dipotong lagi. Rebus dalam air yang sama, jimat masa.  Keluarkan brokoli dan tapis spaghetti tadi.

masakan western, menu spaghetti, masakan mudah disediakan, sambutan majlis ringkas
Akak guna sos carbonara ni. Creamy tau! Sos original san remo pun best.

Panaskan sesudu butter atau boleh guna minyak zaitun. Kalau tak ada, minyak masak pun boleh. Tumiskan bawang putih sekejap.  Masukkan bawang holand tadi, masak sampai layu. Masukkan isi ayam dan tomato.  Kacau dan biarkan ayam mengecut dan masak.  Taburkan serbuk daun basil dan origano untuk naikkan bau. 

Bila ayam dah masak dan aroma dah tersebar dalam dapur, masukkan sos carbonara.  Akak guna separuh botol untuk sepaket spaghetti.  Boleh jer masuk lebih.  Kemudian masukkan whipping cream.  Kacau dan perasakan garam.   Kepekatan kuah ni korang boleh adjust ikut citarasa.

Tada ...dah siap. Plating simple aje.  Brokoli letak atas spaghetti yang telah dicurah sos bagi nampak ceria.  Sedap tau...penuh creamy.  Kalau tak mahu asingkan kuah dan spaghetti, boleh saja korang masukkan spaghetti tadi dalam sos dan gaul rata. Lebih mudah dan jimat bekas yang digunakan.

masakan western, menu spaghetti, masakan mudah disediakan, sambutan majlis ringkas


masakan western, menu spaghetti, masakan mudah disediakan, sambutan majlis ringkas
Hidangan ringkas sambut birthday kakak. Kek mesti ada sebab anak-anak memang penggemar kek. Bila semua ada memang seronok buat makan-makan.  Tunggu Februari pulak ada sorang lagi nak sambut birthday !




3 Comments