Gotong Royong Kemas Rumah Kampung.  Setelah sekian lama tidak menjenguk kampung, Sabtu lepas kami berpeluang adik beradik suami berkumpul sama-sama gotong royong mengemas rumah kampung.  Walaupun tak semua dapat datang, alhamdulillah dapat juga kami yang ada mengemas dan membaiki rumah kampung setakat yang mampu.  Sejak hampir setahun tak menjenguk dek kerana bahana Covid19.  Mertua pun tak dapat pulang ke utara sejak covid melanda.  Kebenaran merentas yang diberi baru-baru ni diambil peluang juga oleh abang kakak en suami untuk bawa sebentar mil jenguk rumah pusaka.  Tiada sebarang perancangan, semuanya dibuat dalam masa yang singkat selepas melihat keadaan rumah yang dah semakin tidak terurus.  Bukan apa, kalau dibiarkan lama lagi nanti makin teruk pula.  

Operasi Bersih 

Seperti biasa, akak dan en suami memang selalunya akan ambil part bab makan dahulu.  Rumah tinggal mana nak bersih mana nak masak, jadinya akak plan dengan en hubby masak siap-siap di rumah dan bawa balik kampung. Jarak tidaklah jauh sangat , sejam perjalanan tapi disebabkan perlu merentas negeri menyebabkan kami semua tidak dapat pulang sebelum ni.  Secara kebetulan pula anak-anak saudara semua ada di utara, inilah peluang yang kami ada untuk bergotong royong mengemas sambil bolehlah berjumpa dan mengeratkan ukhwah.

Untung anak-anak saudara ramai lelaki dan dah bujang belaka. Kerahan tenaga muda.  Ayah-ayah ambil part merancang dan mengarah. Ibu-ibu dan anak-anak perempuan ambil bahagian yang ringan-ringan.  Bila ramai ada cepat dan banyak bahagian boleh dikemas.  

Gotong Royong Kemas Rumah Kampung

Gotong Royong Kemas Rumah Kampung

Gotong Royong Kemas Rumah Kampung

Cepatnya masa berlalu, dulu kami ni sibuk mengejar anak-anak kecil.  Sekarang ni anak-anak ni semuanya dah boleh diharap membantu.  

Part tinggi ni en hubby dan abang ipar punya bahagian.  Sempat juga mengganti beberapa keping zink bumbung yang dah mulai bocor.  Lega bila dapat siapkan sebelum hujan turun.

Gotong Royong Kemas Rumah Kampung

Rumah lama ditinggalkan macam-macam benda lama jumpa.  Ada yang jumpa gambar-gambar lama, surat, sijil dan macam-macam lagi.  Paling riuh bila terjumpa sesusun duit nenek terselit antara celahan baju da bungkus surat-surat lama.  Tambah riuh dan bersemangatlah masing-masing mengemas...mana tahu dapat rezeki lagi.

Tak kurang juga jumpa sarang dan cik siti bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas tempat menumpang dibersihkan.  Terjerit-jerit si anak-anak gadis kegelian melihat cik siti berlari laju.  Lucu jugak!  Memang meriah rumah, kalah nak sambut raya.  Bila buat kerja ramai-ramai taklah terasa penat sangat dan kerja pun cepat siap.

Gotong Royong Kemas Rumah Kampung

Sayang juga almari lama terpaksa dibuang disebabkan serangan anai-anai.  Dah tak boleh diselamatkan lagi, habuan sang api sahajalah.  Masa ini ilmu 5s kena praktikkan sebaik mungkin supaya barang-barang yang tidak terpakai tidak perlu lagi disimpan.  Kami cuba simpan seminimal barangan sahaja.

Penat mengemas, masa untuk makanlah yang paling riuh.  Selain daripada bekalan nasi ayam yang kami bawa, ada juga lauk-lauk yang dibeli dari kedai di pekan. Kami tambah dengan ulam-ulaman dan sambal belacan.   Sambil makan sambil bersembang, sedar sedar habis seperiuk besar nasi kami makan. 

Lepas solat zohor dan berehat sebentar, kami sambung saki baki kerja mengemas lagi.  En suami betulkan zink bumbung yang dah rosak, anak-anak bujang bantu menukar tikar getah bahagian dapur.  Ibu-ibu sibuk pulak merancang juadah minum petang.  Yelah, orang penat bekerja mestilah diupah dengan makanan serba sedikit. 

Rumah kampung ni ada bahagian atas dan bawah.  Seharian kami semua sempat mengemas bahagian bawah dan luar rumah, tinggal bahagian atas yang masih belum betul-betul berkemas.  Kena plan tarikh lain pula untuk pusingan kedua operasi mengemas. Lagipun masing-masing dah kepenatan. Akak dan en hubby pula perlu pulang ke rumah semula memandangkan anak-anak tidak ikut kerana sedang menjalani peperiksaan akhir semester.

Gotong Royong Kemas Rumah Kampung

Pemandangan di belakang rumah.  Sawah ni disewakan sahaja.

Gotong Royong Kemas Rumah Kampung

Dah kemas. Nampak bersih.  Lepas ni boleh kerap pulang sambil mengemas.  Mujur ada abang yang tinggal dekat, bolehlah jengok rumah ni setiap hari.  Terima kasih pada biras yang rajin sungguh ambil gambar, akak simpan sini sebagai kenangan.

Walaupun tak sampai seharian tapi memang seronok sebab kami dah lama tidak berjumpa.  Moga covid ni cepat reda, akak rindu nak balik kampung sendiri.



2 Comments

  1. Sure letih ni. Kalau saya, pancit.

    ReplyDelete
  2. bestnyaaa masih ada rumah traditional macam ni.. rumah lama nenek pun dah roboh buat rumah batu. yang tinggal kenangan jela time kecik2. lama sngt tu da tinggal kan mmg elok da dikemaskan..

    ReplyDelete