Episod Penuh Cinta Sekali LagiMelayan betul drama ni.  Dah nak sampai penghujungpun, tak sabar pulak nak tunggu ending cerita ni.  Korang tengok tak?  Semua watak dibawa dengan baik.  Pada akak drama ni ada pelbagai pengajaran kepada golongan muda, ibu bapa, masyarakat terutama yang terlalu taksub dengan mengejar kemewahan.  

Sinopsis Cinta Sekali Lagi

 Mengupas kisah hidup dua adik-beradik iaitu Amanda (Nelydia Senrose) dan Amani (Hannah Delisha). Amanda sentiasa dipersalahkan oleh Amani kerana menyebabkan Amani mempunyai parut kekal di tangannya. Rentetan daripada kejadian itu, Amani sentiasa mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal.

Amanda baru dilantik sebagai pereka berlian di Anggun Jewels. Dia mempunyai masalah dengan Fahad (Saharul Ridzwan), pengurus di situ. Ibu Fahad, Ungku Nadrah (Dilla Ahmad) berkenan dengan kebaikan Amanda sehinggalah dia mendapat tahu mengenai sengketa anaknya dengan Amanda. Amani pula sibuk nak berkahwin dengan Ungku Mukhlis (Raja Afiq), sepupu kepada Fahad bagi memenuhi impian ‘Cinderella’nya untuk hidup senang walaupun dia masih belajar.

Ibu Amanda dan Amani, Puan Nazira (Haleeda Mazlin) mengenakan syarat iaitu Amani perlu menamatkan pengajiannya dahulu dan pastikan Amanda juga menikah pada hari yang sama. Amani menganggap syarat tersebut sebagai penghalang. Amani lebih berminat dengan rumah banglo keluarga Mukhlis dan tidak tahu mengambil hati orang tua Mukhlis.

Hubungan Fahad dan Amanda semakin buruk dengan hasutan Muiz (Iman Zulkarnain), rakan sekerja mereka yang sentiasa iri hati dengan Fahad. Keadaan menjadi gawat apabila Fahad digantung kerja. Amanda mula menyedari kejahatan Muiz. Dia telah bekerjasama dengan Taqiudin sehingga Muiz tertangkap dan Fahad kembali bekerja. Sejak hari itu, Fahad dan Amanda menjadi rapat. Ungku Nadrah telah melamar Amanda untuk Fahad.

Amani mengimpikan majlis perkahwinan yang gah. Dia amat kecewa apabila keluarga Mukhlis hanya mengadakan majlis secara bersederhana. Impiannya untuk hidup senang bagai Cinderella telah hancur kerana Mukhlis hanyalah lelaki biasa. Amanda dan Amani telah mengandung anak pertama. Amanda dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Fahad manakala Amani dan Mukhlis sering dilanda masalah.

Selepas tujuh tahun, Amanda dan Fahad bahagia dengan dua orang anak dan berpindah ke rumah baharu bersama Mak Wan, orang gaji di rumah Fahad. Amani cemburu apabila Mukhlis masih simpan hati pada Farhana sehingga akhirnya dia menyerang Mukhlis di rumah Ungku Nadrah. Amani diceraikan Mukhlis! Amani dan Mukhlis menghilangkan diri selepas bercerai, meninggalkan anak mereka, Fizri di bawah jagaan Fahad dan Amanda.

Amani kembali dan dalam diam, dia menggoda Fahad dan menyihir abang iparnya dan Ungku Nadrah kerana ingin merampas kebahagiaan milik Amanda. Fahad pula dibutakan dengan nafsu dan terperdaya dengan fitnah yang direka oleh Amani tentang hubungan sulit Amanda dan Dr. Izamel. Adakah kejahatan Amani akan terbongkar? Adakan Amani akan mendapat Kifarah atas segala perbuatannya? Masihkah ada peluang bagi Fahad untuk merayu ‘CINTA SEKALI LAGI’ daripada Amanda?.


cinta sekali lagi sinopsis, cinta sekali lagi cast, cinta sekali lagi siaran, episod cinta sekali lagi


Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 malam

Siaran TV : Slot Akasia TV3

Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

Pelakon : Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha, Raja Afiq, Ezzaty Abdullah, Haziq Fadhullah, Dilla Ahmad, Haleeda Mazlin, Arash Mohd, Luqman Hafidz, Elnisa Ryun, Mustaqim Bahadon, Iman Zulkarnain, Isaac Iman, Tengku Zara, Zara Shelby, Alessandra Alyssa


Lirik lagu Tanpa Rela-Misha Omar

Saat engkau pergi
Dan tinggalkan cintaku
Terbiar hatiku hanyut tak terpujuk
Semua terjadi atas kemahuanmu
Memadam hatiku dan hadiahkan ku sepi
Sayang tak pernah kuduga
Keegoanmu mematikan rasa
Cinta yang ku puja
Terhapus dimamah dusta
Teganya kau mengakhiri
Dan memilih dia
Hanya aku dan diriku
Sendirian didera waktu
Melara dihukum kecewa
Tanpa relaku
Semua terjadi atas kemahuanmu
Memadam hatiku dan hadiahkanku sepi, oo-ho
Sayang tak pernah ku duga
Keegoanmu mematikan rasa
Cinta yang ku puja
Terhapus dimamah dusta
Teganya kau mengakhiri dan memilih dia
Hanya aku dan diri ku
Sendirian didera waktu
Melara dihukum kecewa
Tanpa relaku
Berakhir kisah duka antara kita
Hanya Tuhan yang tahu segalanya
Sayang tak pernah ku duga
Keegoanmu mematikan rasa
Cinta yang ku puja
Terhapus dimamah dusta
Teganya kau mengakhiri
Dan memilih dia
Hanya aku dan diri ku
Sendirian didera waktu
Melara dihukum kecewa
Tanpa relaku


Episod Penuh Cinta Sekali Lagi

Kalau korang tak sempat tonton lagi drama ni, jangan risau. Korang boleh je tengok episod 1 sampai akhir di :  EPISOD PENUH 

Boleh juga download aplikasi iQIYI di handphone korang. Bila-bila sempat boleh layan tengok.



2 Comments

  1. SAa x tengok pun kak azi...malas nak sakit hati..hahaha..

    ReplyDelete
  2. lama tak tengok drama melayu.. x update. ritu tngk sikit2 yang perempuan tanpa dosa tu adalah sikit..

    ReplyDelete