Bila Dah Pandai Buat Pizza Sendiri

Tuesday, November 17, 2020

Bila Dah Pandai Buat Pizza Sendiri.  Musim kerja kat rumah dengan anak-anak belajar online memang mencabar.  Asyik mengadu lapar aje.  Makpun kena pandailah mereka resipi dan menu yang ringkas, cepat dan sedap dimakan.  So korang jangan boring kalau kebelakangan ni akak dok update pasal resipi dan makanan aje.  Jangan risau, menu akak ni boleh dikategorikan antara yang sihat-sihat.  Minggu ni belajar buat pizza sendiri pulak.  Bila dah pandai buat pizza sendiri, dah tak pandang sangatlah Pizza Hut, Dominos ataupun US Pizza.  Kita buat je sendiri lagi puas makan.

Kejadian yang boleh dikatakan okay sangat lah di tekak anak-anak.  Atas kerjasama antara akak dan en suami.  Paling mudah, paling cepat dan sedap, yang penting bahan ada. 

menu ringkas, pizza sedap, resipi kesukaan anak-anak

Bahan:

Base pizza - akak beli saja yang dah siap kat bakery. Jimat masa.
Mozarella cheese 
Sos prego cendawan atau original 
*ayam/daging/sosej
*capsicum/bayam/cendawan shitake
*Bawang besar/bawang holland

* guna apa yang ada 


Mula-mula sekali, cincang ayam atau daging. Kalau dah sedia ada daging/ayam cincang lagi bagus. Potong bawang putih sedikit. Akak guna ayam.  Ayam kita tumis sedikit separa masak. Lepas tu, sapukan sos prego atas base piza.  Kalau suka rasa sos, boleh letak lebih tapi janganlah sampai meleleh-leleh.  Tabur sedikit dahulu cheese mozarela . Kemudian letakkan ayam yang dah separa masak tadi dan susunlah dengan hirisan sosej, capsicum, cendawan, bawang besar dan bayam.  Akak dah kehabisan bayam, so akak guna sayur kailan aje. Janji berdaun dan nampaklah hijau-hijaunya. Akhir sekali taburkanlah cheese mozarella lebih-lebih sikit.  Dah puashati dengan isi piza, masukkan dalam oven dan bakar dalam 10-13 minit, suhu 200c.  Kalau nak base dia berkerak, biar lama sikit tapi jangan sampai hangus.

menu ringkas, pizza sedap, resipi kesukaan anak-anak
cheese lebih, bila tarik macam tu huhu memang sedap!!

Korang boleh juga gunakan wrap sebagai base pizza.  Tapi jangan bakar lama, rentung pulak nanti.

Mudahkan ! Makanan macam ni memang mendapat tempat di hati anak-anak sekarang.  Buat sendiri, makan pun puas tak berebut, semua dapat rasa lebih. Kalau beli kenalah bahagi betul-betul supaya semua dapat rasa.

Bahannya nampak saja banyak tapi kalau korang beli bukan untuk sekali masak, boleh buat beberapa kali so memang jimat di situ.

Hmm....nanti nak cuba buat pizza seafood pulak.





You Might Also Like


8 comments

  1. Ya Alla nampak gebu gile pizza kamu... terus rasa nak cari bahan dan cuba buat sendiri...

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak zie... Nnati nak try buat jugaklah

    ReplyDelete
  3. uish sedapnya. teringin pula tengok pizza sis..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  4. Memang laju. Anak saudara saya apabila buat pizza memang kena buat banya-banyak.

    ReplyDelete
  5. Senangnya buat pizza. Saya suka pizza hirisan ayam/daging, tak nak ada nenas dengan sosej.

    ReplyDelete
  6. Wah... cantiknya piza dia... menyelerakan.... kakmim x penah lg guna pizza base... nnt nk try lah kan? senang jimat masa

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Followers