Ketahui Siapa Kontak Rapat Anda

Tuesday, October 06, 2020

Ketahui Siapa Kontak Rapat Anda.  Beberapa hari ni nampaknya angka positif C19 semakin meningkat.  Seram rasa bila jam menghampiri 5.30pm setiap hari sebab masa tulah tuan pengarah kita akan umumkan jumlah kes baru C19.  Ya, bila sesi persekolahan dan kemasukan IPT bermula, akak memang risau.  Anak-anak terdedah pada persekitaran yang kita tak pasti.   


Ketahui Siapa Kontak Rapat Anda

Selain daripada membiasakan diri kita dengan SOP yang setiap hari diwar-warkan, kita juga kena tahu siapa kontak rapat seseorang pesakit Covid 19 tu. Jom akak share apa yang dapat daripada pembacaan.

1. Ahli keluarga serumah yang sama makan /tidur dengan anggota yang disahkan positif covid

2. Bersemuka lebih dari 15 minit dalam jarak kurang dari 1 meter di ruang tertutup dengan anggota yang disahkan positif vovid

3. Berada dalam bilik bertutup melebihi 2 jam dengan anggota yang disahkan positif covid

4. Menaiki kenderaan yang sama dalam jarak 2 kerusi melebihi 2 jam dengan anggota yang disahkan positif covid

Apapun korang patuhilah SOP yang telah ditetapkan oleh KKM.  

info covid19, sop kkm, kita jaga kita

#kitajagakita



You Might Also Like


1 comments

  1. Kena lebih berhati2 sekarang.
    Paatuhi SOP dan amalan norma baharu.

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Followers