Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Makanan Barat Di Malaysia

Monday, October 26, 2020

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Makanan Barat di Malaysia

Kewujudan menu makanan barat di Malaysia ini memang sudah lama. Mungkin juga kerana Malaysia pernah di jajah suatu ketika dulu hinggakan menu makanan barat ini seakan sudah menjadi satu makanan biasa yang ada di mana-mana dalam Malaysia. Kemasukan jenama makanan barat dari luar di zaman serba moden ini turut membuatkan menu makanan barat di sini semakin meluas dari masa ke semasa. 

Masakan Barat juga dikenali sebagai masakan Eropah dan menu-menu ini memang sudah menjadi trademark untuk negara-negara Eropah dan negara-negara Barat yang lain. Antara negara barat yang dimaksudkan ini adalah seperti Russia, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, dan banyak lagi. Masakan di negara-negara Barat ini sebenarnya berbeza antara satu sama lain tetapi masih mempunyai beberapa persamaan.

foodpanda, food delivery, makanan western, lebih mudah food delivery

Begitu jugalah dengan makanan barat yang ada di Malaysia ini. Walaupun ianya berasal dari sana tapi sudah banyak makanan barat yang diolah supaya menepati citarasa masyarakat di sini. 

Jika dibandingkan dengan masakan Asia, daging mempunyai peranan penting dalam budaya makanan Barat. Stik boleh menjadi jenis daging masak yang paling digemari. Produk tenusu umumnya digunakan dalam proses memasak, namun produk susu mempunyai beberapa jenis dan terutama keju mempunyai variasi yang tidak terkira banyaknya. 

foodpanda, food delivery, makanan western, lebih mudah food delivery

Tak hanya itu, makanan barat turut terkenal dengan menu berasaskan roti, pasta, mee dan kentang. Tak dilupakan juga dengan menu salad bersama ramuan dan sos yang berbeza.

Sedangkan untuk negara Asia ini, makanan kita lebih kepada nasi dan lauk pauk. Walaubagaimanapun, orang Malaysia yang berbilang kaum ini tetap tidak kekok dengan makanan barat. Yang penting ianya disajikan halal supaya mudah untuk dinikmati tanpa rasa was-was.  

Bagi yang berminat dengan corak gaya pemakanan orang barat, selalunya hidangan makanan barat yang lengkap akan disajikan mengikut pesanan dalam turutan. Ia akan dimulakan dengan sup, hidangan utama, dan pencuci mulut. 

Selain dari makanan barat berasaskan daging, negara barat juga terkenal dengan menu berasaskan makanan laut. Antara yang paling ketara adalah Sepanyol yang terkenal dengan menu bernama tapas. Tapas ini biasanya dimakan ketika makan malam dan ia merupakan sejenis makanan yang dibuat menggunakan zaitun, makanan laut, roti dan kentang. 

foodpanda, food delivery, makanan western, lebih mudah food delivery

Jenis makanan lain yang lazim adalah gaya bufet. Makanan jenis bufet ini, semua makan termasuk makanan pembuka, hidangan utama, dan pencuci mulut akan disajikan pada masa yang sama. 

Makin best bila ada pelbagai jenis pastri, pie dan puding. Bufet ini sangat popular dan boleh dinikmati ketika waktu makan tengah hari atau makan malam. 

foodpanda, food delivery, makanan western, lebih mudah food delivery

Akhir sekali, hidangan dalam masakan Barat tidak dimakan dengan penyepit tetapi dengan garpu, pisau dan sudu. Terdapat pelbagai jenis garpu, pisau, dan sudu untuk pelbagai jenis makanan. Sebagai contoh, stik dipotong dengan pisau stik (lebih tajam dari biasa), dan pencuci mulut dimakan dengan saiz sudu yang berbeza daripada sup. Namun, beberapa hidangan turut dimakan dengan menggunakan tangan seperti kepak ayam, sandwich dan hamburger.

Jika disenaraikan mengikut negara. Tiap negara barat ini terkenal dengan menu mereka masing-masing seperti : 

- Amerika : Pizza, hamburger, stik, sayap kerbau, kentang goreng, burrito - Itali: Pizza dan pasta 

- England: Ikan & kerepek - Turki: Kebab - Perancis: Produk makanan laut dan tartar (daging mentah), quiche 

- Austria: Wiener schnitzel 

- Jerman: Jenis sosej dan kentang goreng 

- Rusia: Pelmeni (ladu diisi dengan daging cincang) 

- Switzerland: Fondue keju 

- Sepanyol: Paella (sejenis hidangan nasi yang dibuat polos atau dengan daging atau makanan laut) 

- Itali : Pizza 

foodpanda, food delivery, makanan western, lebih mudah food delivery

Itulah serba sedikit penerangan mengenai makanan barat dan di Malaysia, terdapat banyak restoran dan kafe yang menyajikan hidangan Barat sebagai tambahan kepada citarasa tempatan atau Asia. Antara tempat makan untuk makanan barat yang popular adalah Hard Rock Cafe, Menate’ dan banyak lagi.

Jika anda seorang yang lebih gemar berada di rumah dan lebih suka makan di rumah, anda boleh terus memesan makanan Barat dalam talian dengan servis penghantaran. Ia boleh digunakan untuk semua jenis makanan baik sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Ianya juga boleh dipesan untuk dimakan dalam majlis, mesyuarat, waktu rehat di pejabat dan sebagainya.

Antara servis pesanan dalam talian berserta dengan servis western food delivery adalah Foodpanda. Dengan Foodpanda ini, siapa saja boleh membuat pesanan bahkan banyak menu western ada di website mereka untuk dibuat pesanan. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan. Caj penghantaran tersebut juga tidaklah semahal mana dengan mengikut jarak. 

Jika nak dibandingkan dengan masa, kos petrol, letih tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas dan penat memandu sendiri, ternyata servis penghantaran dari Foodpanda ini memang bagus untuk digunakan. 



You Might Also Like


6 comments

  1. sekarang ni nak beli makanan pun mudah, order je kat foodpanda.. kan?

    ReplyDelete
  2. Sesekali makan makanan barat memang sedap.

    ReplyDelete
  3. suka juga makanan barat ni tapi kalau hari2 xleh la.. sesekali tukar arah xpe. i need rice n tekak melayu masih tinggi seleranya hehe..

    ReplyDelete
  4. fav anak mama la ni western food

    ReplyDelete
  5. Saya setuju guna foodpanda je kalau nak order makanan dari rumah. Order dan tunggu.

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Followers