Check In MySejahtera Lebih Mudah Untuk Satu Keluarga
Check In MySejahtera Lebih Mudah Untuk Satu Keluarga. Apa khabar korang semua di hari Jumaat yang mulia ni? Moga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dijauhi daripada perkara yang tidak diingini. Sekarang ni kami di utara ni, semakin berjaga-jaga dengan situasi Covid 19 yang menular. Paling penting untuk kita terus patuh pada saranan KKM dan jaga keluarga masing-masing. Sekarang ni lebih mudah nak check in menggunakan MySejahtera bila keluar berdua atau dengan keluarga.
Cara Check In Beramai-ramai
Buka aplikasi MySejahtera, dan cari item more seperti di gambar. Klik item tersebut.
Bila korang dah klik item more tu, keluarlah senarai action yang boleh korang pilih. Cari item Manage Dependents dan klik.
Akan keluar pula skrin macam ni untuk korang isi nama dependent yang biasa keluar dengan korang. Masuklah info sorang-sorang. Dah isi semua dan submit, korang kena pastikan betul nama-nama yang korang mahukan .
Lepas tu, setiap kali korang nak check in, senarai nama-nama ni akan keluar untuk korang pilih samada pada masa itu ada bersama-sama dengan korang atau pun tidak.
Sejak mengamalkan norma baru ni, rasa tak lengkap bila tak gunakan aplikasi ini. Mudah nak track sekiranya diperlukan.
14 Comments
Kan? Lebih mudah bila guna apps MySejahtera ni. Saya suka
ReplyDeletebetul mudah sangat
DeleteTq sharing..gunakan teknologi utk mmpermudahkan urusan
ReplyDeleteSama-sama moga lebih ramai yang menggunakan app ini.
Deleteooo baru tahu ada check in beramai2 macamn ni..sesuai sangat la untuk sekeluarga check in sekali..
ReplyDeleteBetul tu...senang nak check in bila keluar dengan keluarga.
Deletebetul..mudah sangat app ni..nak scan pon sekejap je masanya
ReplyDeleteKan...harap lepas ni lebih ramai lagi yang guna apps ni
Deleteyup, memudahkan cara ni. xyah isi balik2
ReplyDeletesekali jalan ja
DeleteMemang senang boleh check-in beramai-ramai ni.. lagi-lagi untuk ibu kita kan,senang sikit. Kalau tak, kesian jugak tiap2 kali masuk kedai, dia kena checked in sendiri 😊
ReplyDeletebetul sangat
DeleteMemang mudah sangat 😍
ReplyDeletesetuju
Delete