Resepi Topping Coklat Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Untuk Kek.  Dah lama nak share beberapa resepi topping coklat yang mudah disediakan dan menjadikan kek lebih sedap.  Bukan sahaja boleh untuk kek tetapi boleh juga dipadankan dengan donut atau pun brownies.  Tak tahu apa yang sibuk sangat akak ni, sampaikan nak update blog pun susah sangat.  Siapa yang tak suka dengan coklat kan? Kalau akak dan anak-anak, apa saja yang berasaskan coklat, memang tak pernah lepaskan peluang untuk menikmatinya, apatah lagi kalau kek coklat yang lembut, lembab dan coklat yang cair di mulut.....uishhhhh.....rasa nak cari coklat pulak ni !

Sebenarnya untuk buat topping coklat ni tidaklah susah sangat.  Tambah-tambah topping coklat ni, ada macam-macam resepi yang dikongsikan di laman sosial.  Pilih sahaja yang mana suka.  Akak suka pilih yang mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. 

2 Resepi Mudah Topping Coklat Yang Sedap


Tak mau share banyak, akak kongsikan 2 cara sahaja.  Mudah dan tidak perlukan banyak bahan.

Cara 1:

1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar mentega

Campurkan susu pekat dan serbuk koko. Kemudian kacau atas api perlahan sehingga pekat dan sebati. Masukkan mentega dan kacau kemudian tutup api. Kacau sekejap je. Tunggu suam-suam sikit pastu tuangkan atas kek.


Cara 2:

200gm coklat masakan
1/4 cawan susu cair

Masakkan bahan tersebut guna kaedah double boiler. Kacau hingga pekat dan sebati. Api sederhana. Biarkan sejuk sebentar dan boleh tuang atas kek.

topping coklat, kek coklat sedap, topping sedap



Kalau nak resepi kek coklat yang sedap, boleh baca kat SINI.

Sekarang ni kes C19 dah bercambah di utara ni, kena dok rumah ja.  Bila dok rumah macam-macam kerjaan yang nak buat.

Jom buat kek!



4 Comments

  1. Memang coklat topping padan betul dengan donut. Takyah gula dah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak kalau dapat donut topping coklat memang suka sangat.

      Delete