7 Hari Mencintaiku 2 - Minggu Akhir

Monday, August 10, 2020
7  Hari Mencintaiku 2. Korang tengok tak cerita ni? Dah masuk minggu akhir dah. Tinggal lagi 6 episod sahaja lagi.  Untuk bahagian ke 2 ni akak follow daripada episod 1 lagi walaupun adalah juga skip-skip antaranya. Bahagian 1 sebelum ni akak tengok beberapa episod sahaja sebab dah baca buku ceritanya. Walaupun perjalanan ceritanya lebih kurang agak sama, tapi masih tetap tonton sebab suka pembawakan watak-watak yang ada.

Sinopsis 7 Hari Mencintaiku 2

Mia Adriana (Siti Saleha) dan suaminya, Khuzairi (Shukri Yahaya) melayari hidup bahagia setelah berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.

Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati (Jasmin Hamid) dan adiknya, Dato’ Johari (Shaharuddin Thamby) kembali dengan dendam mereka. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan sehinggakan Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila (Faye Kusairi) juga tak kurang hebatnya. Syakila asyik dengan dendamnya sehinggakan adiknya, Kenit nak makan pun dia tak peduli. Kakak yang tidak bertanggungjawab. Kesian Kenit. Kenit nak pergi ke sekolah, Syakila larang, Syakila pukul. Syakila tak nak Kenit berjaya. Syakila nak Kenit pungut botol.

Pak Samad dituduh ingin merogol Hayati. Mia hilang hormat pada Pak Samad (Kazar Saisi), seorang lelaki yang dihormatinya selama ini. Mak Leha (Liza Abdullah) mula membenci Mia Adriana. Badai terus-terusan melanda keluarga Pak Samad. Nadia (Jaja Iliyes) putus tunang dengan Dr. Zaidi (Bil Azali). Manakala, Helmi (Syazwan Zulkifly) pula bercerai dengan Sofi (Wan Sharmila) dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Lama kelamaan, Hayati juga telah membuang Mia kerana Mia tidak dapat memberikan Hayati duit.

Dalam kemelut badai yang melanda, Nurul Ain (Wafariena Roslan) muncul dalam hidup keluarga Pak Samad. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya. Helmi pula cuba menyedarkan emaknya akan agenda tersirat Nurul Ain. Mia pula tidak suka dengan Nurul Ain, dan beberapa kali Nurul Ain dilarang daripada pergi ke rumah khuzairi. Tapi Nurul tetap pergi dengan tidak malunya. Nurul perosak rumah tangga.

Bila Khuzairi beli makanan, Mak Leha asyik nak bagi kat Nurul. Apa yang Mia suka, semua Nurul suka. “Nurul suka Laksa?” “Suka”, jawab Nurul.

Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Namun, Khuzairi tak mampu menggapainya lagi. Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya. Dia merenung suaminya buat terakhir kali.

Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati khuzairi bersama deraian air mata. Begitulah berakhirnya kisah Khuzairi dengan Mia disebabkan oleh perempuan bertudung highlight bernama Nurul. Mak Leha nak menyesal pun tak guna sebab ini semua rancangannya. 

mia adriana, dr khuzairi, 7 hari mencintaiku, episod akhir


Tak sabar nak tengok episod akhir drama ni. Diadaptasi daripada novel 2018 bertajuk sama karya Siti Rosmizah. Karya Siti Rosmizah memang tidak pernah mengecewakan.  Ada beberapa novel karya beliau yang ada dalam simpanan akak.  Biasanya kalau baca rasa tak mahu berhenti.  Novel beliau tidak pernah tak tebal..hehe.

Untuk bahagian kali ini, akak lebih suka tengok pasangan Helmi dan Sofi, sama padan, perangai pun sama. 

Korang team mana?

You Might Also Like


1 comments

  1. Apapun baca novel mesti lagi 'masuk' daripada tengok adaptasi drama kan?

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Followers