Petua Kurangkan Berat Badan Dengan Asam Keping
Petua Kurangkan Berat Badan Dengan Asam Keping. Orang Melayu memang kaya dengan pelbagai petua untuk dicuba. Samada berkesan atau tidak, selagi tidak memudaratkan, boleh saja korang cuba. Baru-baru ni kawan akak ada bagitahu yang air rendaman asam keping boleh bantu mengurangkan berat badan dan mengempiskan perut. Hmm...orang perempuan kan, kalau dengar ada info berkaitan dengan berat badan ni, cepat sahaja nak mencuba. Bahan yang digunakan pun senang nak dapat. Secara kebetulan pula, minggu lepas biras akak bagi seplastik buah asam gelugur untuk diproses. Korang tau tak, asam keping tu asalnya daripada buah asam gelugur.
Dari Asam Gelugur Diproses Menjadi Asam Keping
Sebelum bercerita panjang lagi, seeloknya kita ambil tahu bagaimana untuk memproses buah asam gelugur ni sampai jadi asam keping. Kalau selalunya kita beli sahaja asam keping yang dijual dikedai, kali ni kita belajar buat sendiri.
Akak pun buat pertama kalinya belajar buat sendiri asam keping ni. Tak susah sebenarnya. Pada yang tak kenal, dalam gambar ni buah asam gelugur ye. Banyak pulak biras bagi masa kami singgah makan durian dari kebun beliau. Selalu mengelak je bila orang bagi tapi kali ni rasa macam membazir pulak kalau tak ambil. Hikmah PKP ni, rasa semua benda ada kegunaannya.
Buah asam gelugur ni, yang warna kuning maknanya dah matang. Walaupun luarannya tak berapa nak cantik tapi tetap berguna. Bila dibelah dua, ada biji kecil di tengah-tengah, bahagian tu korang boleh buangkan.
Lepas tu bolehlah korang hiris nipis-nipis. Perlu hiris nipis dan sekata supaya tidak ambil masa lama untuk mengeringkannya. Setelah dihiris, susun dalam talam atau apa-apa bekas yang sesuai. Susun jangan bertindan. Lepas tu jemurlah di tengah panas terik mentari. Kalau cuaca panas terik, cepat je keringnya. Kalau cuaca suam-suam kuku, ambil masa beberapa hari jugalah untuk ia mengering.
Nilah hasil kepingan asam gelugur tadi. Bila dah jemur, kita panggil asam keping pulak. Ni boleh buat stok lama ni. Oleh kerana dapat banyak juga, maka akak pun dah packing kecil-kecil dan share dengan adik beradik dan kawan-kawan.
Asam Keping Turunkan Berat Badan
Betul ke asam keping boleh turunkan berat badan? Akak ada terbaca tapi kebenarannya tak tahulah pulak. Bolehlah cuba pada yang nak mencuba, mana tahu berkesan kan. Bagi mereka yang nak menurunkan berat badan , boleh cuba minum air rendaman asam keping. Caranya mudah sahaja. Korang ambil 2-3 keping asam tu dan rendamkan ke dalam segelas air panas. Biarkan beberapa jam sampai asam jadi kembang dan air bertukar suam. Cuba minum pagi dan malam. Tapi kenalah jadikan amalan bukan minum sehari dua lepas tu give up !
Jom cuba!
36 Comments
Yag nak kurus bolehlah mencubanya
ReplyDeleteye boleh cuba..mana tahu berkesan kan.
DeleteBaru dengar ni...tips dan perkongsian yg baik
ReplyDeletesaya pun baru terbaca, boleh cuba .
DeletePertama kali tahu asam keeping boleh turunkan berat badan.
ReplyDeletesama lah saya pun
DeleteSiapa pernah cuba diet guna asam keping sila angkat tangan
ReplyDeletetak pernah lagi...baru terbaca..
DeleteBeberapa hari jugaklah ya Kak AZ baru kering asam ni lepas dijemur.
ReplyDeleteBarang pun mudah dapat kat dapur je. Cuma rendam dan minum. Boleh lah ku cuba nanti untuk berat bdn yang terhimpun time pkp ni. Hehehe
Kalau hari panas, kejap ja keringnya. Tu la kena cuba kan, manalah tahu berkesan.
DeleteKalau boleh jangan kerap minum air asam keping ini. Takut berulang alik ke tandas. Ada pelbagai petua meninum air asam keping salah satunya untuk menurunkan darah tinggi.
ReplyDeletetak cuba lagi.
DeleteAsam keping gelugor ni kalau dlm bahasa scientific nya camborgia ke apa ntah.. Mmg tgk femes dah dipakai brand2 ternama utk bahan kurus.
ReplyDeleteKena baca lagi ni ...cari ilmu..tq bagitau. Kebaikan hasil semulajadi.
DeleteThanks sebab share petua tradisional. Nanti bolehla nak cuba. Air rendaman asam keping ni mesti boleh tahan rasa masamnya.
ReplyDeletetak pernah cuba lag...tapi kalau asam keping dalam kuah laksa tu saya suka makan.
Deletemak saya memang buat asam keping sendiri. orang2 kampung datang beli kadang2 tu. btw pernah jugak terbaca pasal kemujaraban asam keping untuk turunkan berat badan ni. tapi x pernah cuba lagi.
ReplyDeleteSaya pun tak pernah cuba lagi. Asam keping ni pun baru cuba-cuba buat sendiri.
DeletePetua tu orang dulu-dulu punya tu..katanya memang tu je mereka amalkan...tapi sekarang, dah mudah, dah ada jus, so nak senang tu haaa oren sunqiuick hahahaha pun Sis tak cuba, ngerii
ReplyDeletewah...oren sunquick pun boleh yer....tapi berani ke nak cuba?...hahaha
Deletetak tau pulak boleh kuruskan berat badan.. dulu2 selalu jugak kt rumah dgn mak ayah buat asam keping sendiri :)
ReplyDeleteAkak pun baru tahu. Kena cuba baru tahu kesannya.
Deletewahh serius la tak prnah lagi tahu. nak kena cuba ni hehe
ReplyDeleteJom sama-sama kita cuba...mana tahu berkesan kan.
DeleteMenarik betul bila tengok cara pembuatan asam keping ni... Teringat masa praktikal dulu, arwah mak angkat dok jemur asam keping... Nostalgia sungguh...
ReplyDeleteTu lah. Orang dulu-dulu semua buat sendiri. Zaman sekarang semua nak cepat, sekali sekali kita belajar juga apa yang orang dulu buat supaya ianya tidak dilupakan oleh generasi akan datang.
DeleteWow. Terima kasih kerana share petua ni. Tak tahu pulak yang asam keping boleh toleh untuk diet.
ReplyDeleteSaya pun baru tau dan tak salah kita sama-sama mencuba, mana tau berkesan kan.
DeleteKak laili ada jugak cuba. tapi tak konsisten lemak-lemak tepu ni takmau hilang hahahah
ReplyDeleteLemak dah tepu kak, jenuh nak bagi hilang. Saya pun nak cuba jugaklah.
Deletewow this is interesting, thanks for sharing. I also wanna try Buah asam gelugur to lose weight haha
ReplyDeleteyes..lets try!
Deletewah first time dengr asam keping bole kuruskn bdn..heee
ReplyDeleteSelamat mencuba !
Deletesaya baru first time tengok bentuk buah asam tu kak..
ReplyDeleteselama ni kan terus beli yang da kering je..
Tula....kena share juga info-info begini, at least kalau terjumpa buah asam gelugor ni dah kenallah asal asam keping.
Delete