Kongsikan Cara Anda Menguruskan Kewangan Norma Baru

Tuesday, June 16, 2020
Kongsikan Cara Anda Menguruskan Kewangan Norma Baru.  Lebih 90 hari berlalu perjalanan PKP. Macam-macam dah kita lalui. Menjalani norma baru sedikit sebanyak mengubah cara kerja dan aktiviti kita seharian.  Mula-mula memang agak kekok, lama-lama dah okay. Selain daripada norma baru dalam aktiviti seharian, kita juga kena biasakan diri dengan norma baru pengurusan kewangan.  Akak kongsi 6 tips pengurusan kewangan yang boleh korang cuba dalam melalui norma baru pasca Covid 19 ini.

6 Tips Pengurusan Kewangan Norma Baru Pasca Covid 19


pengurusan kewangan, wang anda, berbelanja, norma baru, tips jimat
sumber : google


#1 Kenali Sumber Pendapatan

Bermula daripada PKP fasa 1, kerajaan telah merangka pelbagai bentuk bantuan bagi mengurangkan beban perbelanjaan kita.  Jadi, peranan kitalah untuk kenalpasti sumber pendapatan kita sekarang.  Misalnya, gaji bulanan, pengeluaran I-lestari, lebihan 4% pengurangan komitmen KWSP dan juga moratorium yang ditawarkan ke atas pinjaman bank. Bagi yang tiada pendapatan bulanan, boleh ambil kira pendapatan harian, mingguan atau pendapatan sampingan yang kita perolehi.
#2 Utamakan Perbelanjaan Penting

Jangan sesekali buat 'panic buying'. Belanja bagi barang-barang yang perlu. Paling penting pastikan tiada tunggakan dalam bil bulanan.  Biasakan diri rekod setiap bil bulanan setiap bulan.  Bila ada rekod baru kita dapat pantau kenaikan atau penurunan bil bulanan. Bila bil tinggi, kita boleh tau kenapa ianya terjadi.  Contohnya macam bil TNB yang riuh diperkatakan baru-baru ni.  Mujur akak memang tak pernah miss bayar bil setiap bulan, jadi bila dapat bil yang dihantar tu taklah terkejut sangat, boleh terima kenaikannya, memang kami guna berlebihan juga sepanjang PKP ni.

#3 Rancang Perbelanjaan

Sediakan rekod perbelanjaan tunai.  Bila ada rekod baru kita nampak lebih jelas ke mana aliran tunai kita setiap bulan.  Sebelum ni akak agak culas dalam merekod perbelanjaan, hanya rekod yang penting-penting sahaja.  Tapi sejak bermula PKP, sentiasa rekod setiap pembelian yang dibuat.  Akak akan semak secara mingguan.  Bolehlah juga mengurangkan pembelian tak perlu.  Kalau beli stok barang dapur, akak akan check setiap hujung minggu samada perlu buat tambahan atau tidak.  Memandangkan kat rumah ni semua ahlinya ada, memang part makan minum memang agak tinggi pembeliannya.  Akak jarang buat pembelian secara bulanan, lebih suka buat cara mingguan. Mudah sikit nak tengok baki stok dan keperluan.

#4 Dana Kecemasan

Bagi yang mengambil peluang moratorium yang ditawarkan, pastikan bahagian ini dijadikan tambahan kepada dana kecemasan.  Kalau simpan dalam akaun  memang nanti sikit sebanyak akan terguna. Jadi, simpanlah ia dalam bentuk pelaburan yang menguntungkan.  Sikit sebanyak pun kalau tak digunakan, ianya akan bertambah kan?  Korang juga boleh cabar diri korang buat tabungan setiap hari, misalnya setiap hari pastikan RM1 dimasukkan ke dalam tabung.


#5 Kenali Hutang Anda

Senaraikan semua hutang yang masih belum dilangsaikan.  Ada hutang bank, hutang kawan, hutang adik beradik dan sebagainya.  Sepanjang tepoh PKP pasti ramai yang bekerja dari rumah.  Bagi yang pendapatan bulanan tak terjejas, bila dah bekerja dari rumah mesti sedikit sebanyak kos harian ke pejabat boleh disimpan sedikit.  Gunakan ia untuk selesaikan mana-mana hutang yang ada. Akak selalu mulakan dengan hutang yang sedikit sebab biasanya hutang jumlah yang kecil ni takde interest.  Ada yang mengatakan kita kena selesaikan  yang ada interest dulu tapi akak selalu ambil pendekatan sebaliknya.  Dengan peruntukan yang kecil, kita selesaikan hutang dengan kawan-kawan atau adik beradik sekiranya ada.  Berhutang dengan kawan dan adik beradik ni, selain daripada nak selesaikan hutang, kita juga perlu jaga hubungan antara kita dan mereka. Jangan disebabkan hutang kita putus kawan atau hilang saudara.


#6 Fokus Pada Diri Sendiri

Pastikan setiap apa yang kita buat - ukur baju di badan sendiri.  Jangan belanja berlebihan dan jangan sesekali mulakan hutang baru. Guna apa yang ada selagi boleh dan pastikan kita ada simpanan kecemasan. Jangan melibatkan diri dengan skim cepat kaya dan sekiranya mampu dan berkebolehan, boleh cuba cari pendapatan sampingan.  

Harap perkongsian akak ni korang dapat manfaat.

You Might Also Like


14 comments

  1. Rasanya waktu PKP boleh jimat duit pengangkutan.

    ReplyDelete
  2. Soal kewangan ni memang kena urus sebaik2nya.
    Berhemah berbelanja
    Jangan tambah hutang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.
      Masa ni kalau ada lebihan sebaiknya simpan dan cuba selesaikan sekiranya ada hutang-hutang yang masih berbaki sedikit-sedikit.

      Delete
  3. Terima kasih atas perkongsian.
    Mrs. A selalu ingatkan diri supaya berjimat cermat beli bila perlu.
    Tapi tak semudah dikata ada kala terbabas juga huhuhuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kena pandai merancang tapi terbabas tu tak boleh nak elak juga hehehe...

      Delete
  4. Memang kena ukur baju di badan sendiri. Tak mampu jangan beli kita jamu mata saja 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sebelum ambil keputusan nak beli apa-apa, tengok dulu poket.

      Delete
  5. thank you kongsi tips kewangan ini. Kadang2 confuse nak simpan atau belanja. hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simpan dan ketepikan juga untuk belanja...hahahha

      Delete
  6. Memang kita kena ada bajet supaya boleh ikut.. kalau tidak, tiap-tiap kali akan bermasalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Buat plan dan kena pantau juga..takut terbabas.

      Delete
  7. Time sekarang ni kena lebih rancang perbelanjaan, beli apa yang PERLU saja.

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Followers