DIY Mask Extender.  Sekarang ni dah jadi kemestian pakai mask hidung dan mulut bila keluar rumah.  Kalau tertinggal rasa macam tak complete pemakaian hari tu.  Sebagai ibu juga dah jadi kebiasaan tolong peringat suami dan anak-anak, pastikan ada mask di tangan bila keluar rumah.  Hari ke hari, macam-macam gaya pemakaian mask dipamerkan terutama bagi wanita bertudung.  Memang tak selesa sebab rasa sakit telinga bila lama-lama mask tu tersangkut kat telinga.  Penyelamatnya, guna mask extender.  Korang boleh DIY sendiri je.

Pelbagai Cara Buat Mask Extender

Bagi korang yang rajin, boleh je DIY sendiri mask extender.  Macam-macam pattern yang dikongsikan samada nak jahit, chrocet, guna paper clip, sequine dan manik serta macam-macam lagi.

pelitup hidung dan muka, norma baru jaga diri, pakai mask, mask muka
gambar credit pada Sheik Azmi

Ni yang terkini akak jumpa.  Kalau dah cikgu memanik, mesti hasilnya pun kebabom kan ! Hasil tangan cikgu beads Sheik Azmi. Siapa yang tak kenal dengan beliau terutama pada beads lovers.  Pernah join kelas beliau satu ketika dulu.  Memang sentiasa kreatif dengan idea-idea baru.  Kalau korang nak cuba mask extender yang beliau hasilkan ini, boleh terjah facebook atau ig beliau. Cari je nama Sheik Azmi.

pelitup hidung dan muka, norma baru jaga diri, pakai mask, mask muka
gambar kredit : Ig tatarenda.my

Yang ni ramai yang guna. Yang rajin mengait boleh menghasilkan mask extender pelbagai corak.   Cantik!!  Akak suka mengait tapi belum ada kesempatan lagi.  Ada pelbagai corak yang akak jumpa hasil dari kerja kaitan ni. Geram pulak nak pegang jarum dan benang ni !

pelitup hidung dan muka, norma baru jaga diri, pakai mask, mask muka

pelitup hidung dan muka, norma baru jaga diri, pakai mask, mask muka
Akak sharelah 2 contoh pattern crochet yang korang boleh cuba.  Tak sabar pulak nak pergi beli stok benang kait ni.


pelitup hidung dan muka, norma baru jaga diri, pakai mask, mask muka

Akak guna cara mudah.  Pernah ternampak seorang anggota polis wanita tunjukkan cara beliau pakai mask.  Putuskan tali di satu bahagian, ikatkan ke belakang ikut saiz yang korang suka, dan bahagian bawah mask selitkan bawah dagu masuk ke dalam tudung.  Selesa tau cara ni. Mudah dan tak rasa nak tercabut pun bawahnya.

Bagaimana cara sekalipun yang korang pilih, pastikan biasakan diri memakai mask bila keluar rumah. Norma baru.  Bila pakai mask ni dah tak kalut nak ber`lipstik' kan?

24 Comments

  1. Pakai topeng perubatan yang ikat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu paling mudah tapi kadang-kadang susah dpt stok.

      Delete
  2. kami ada jugak tengok video polis tunjuk cara dia pakai mask, kami tak selesa cara tu. mgkin sbb tudung kami longgar, jadi xsesuai. so kami guna mask extender je. ketat & terletak elok untuk kami. lain org lain cara kan.. MIL saya plak memang jenis pakai mask siap2 selit kat telinga dia, then baru dia paki tudung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak selesa bila ada benda tersangkut kat telinga...guna cara selit ni pun mudah.

      Delete
  3. Kawan Rawlins pun ramai yang jadi kreatif sebab memasing dah start membuat pelbagai jenis dan rupa extender. Malah ada yang meniaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, mask extender ni secara tak langusung membantu tambah sumber pendapatan bagi mereka yang kreatif.

      Delete
  4. haah setuju, bila pakai mask dah takde nak bermekap sangat hahahah...

    kita pakai mask extender gak...order dengan tenants yang buat 3D printing kat atas ofis ni..

    ReplyDelete
  5. Macam2 design mask extender ni. Comel dan cantik-cantik. Yang bunga tu cantikla

    ReplyDelete
  6. Menarik idea2 utk mask ni. Kreatif sungguh. Selalu guna yg basic j. Boleh bergaya kalau mcm ni keluar jumpa orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tukar-tukar pattern, padankan dengan baju dan tudung...hehehe

      Delete
  7. Ramqinyg gina extender ni.. mcm2 design ada dan semuanya menarik

    ReplyDelete
  8. Kalau Sis guna tali mask yang dah tak pakai tu tu je buat extender dia hehehe..kadang letak je dalam bag bebanyak tali putus tu, senang nak guna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang buat macam ni juga. Tali putus tu boleh guna untuk lain-lain juga.

      Delete
  9. Kak guna jer mask ikat kat belakang guna pin tudung baru ketat, jrg kuar rumah xkisah sgt psl guna mask

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana yang memudahkan itulah pilihan terbaik kan.

      Delete
  10. Nad pun ada beli mask extender jenis kait tu.. Hehehe. Snenag.. Kalau nak ikat2 takut terlepas pulak.. Selesa sikit pakai mask extender ni.. Heeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada macam-macam pattern, tapi suka pilih yang simple aje.

      Delete
  11. Memang kreatif lar. Memandangkan kena pakai mask, kenalah pakai dengan gaya kan. :D

    ReplyDelete
  12. Saya pun macam Sis Lin, tali mask yang dah putus atau yang dah digunakan tu saya simpan dan gunakan as an extender... saya tak boleh letak siap-siap kat telinga baru pakai tudung sebab longgar jadinya... Hehehehe...

    ReplyDelete
  13. mama kita pun buatkan mask extender sendiri untuk anak-anak.selesa dah nak pakai mask tak payah sangkut belakang telinga

    ReplyDelete
  14. macam macam design hehe cantik2 belaka..

    ReplyDelete