Sambung lagi nampaknya PKP di negara kita.  Mostly negara lain pun masih dalam situasi PKP.  Bertabahlah ye kawan-kawan semua.  Akak dah mula mesra alam dengan situasi pkp ni. Macamana pulak agaknya bila nak kena keluar ke pejabat semula ye?  Hmm...jangan fikir lagi.  


Tiap-tiap hari selain daripada memikirkan nak kemas apa, nak tulis apa, nak baca apa, mesti kita semua akan fikir nak masak dan makan apa.  Terutama para ibu di rumah dengan anak-anak yang asyik mengadu lapar sahaja.  Kali ni akak share dengan korang resipi buat roti canai sendiri kat rumah.   Lagi puashati dan boleh ulang-ulang buat.  Tak perlu sama macam di kedai mamak tapi yang penting ada rupa, ada rasa dan letak atas meja, habis.

Roti Canai Homemade


resipi roti canai, cara buat roti canai lembut, sedapnya roti canai

House of roti canai - ikut arah jam - roti pisang, roti telur, roti sardin, murtabak daging. Kat tengah tu kari daging pekat lebihan inti buat murtabak.



Resipi Roti Canai Homemade

1/2kg tepung gandum
1 sudu makan susu pekat
1 biji telur
2 sudu makan margerin/planta
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
Air - agak-agak

Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan tadi kecuali air dalam bekas yang sesuai.  Sambil-sambil tu masukkan air sikit-sikit. Uli sampai tepung tidak melekat di jari. Air jangan banyak sangat nanti tepung jadi lembek.  Uli untuk jangkamasa 30-45 minit. Lepas itu, rehatkan doh dalam setengah jam.  Kemudian, korang bahagikan doh besar kepada doh kecil-kecil.  Setiap doh korang lumurkan juga dengan sedikit planta atau minyak masak.  Selesai semua rehatkan doh untuk 5-6 jam.  Akak biasanya uli sebelah malam, jadi doh akan rehat semalaman.


resipi roti canai, cara buat roti canai lembut, sedapnya roti canai
Bulat-bulat jangan besar sangat.  Dah uli macam tu, bagi dia rehat dulu.



Esoknya, korang tebarlah ikut suka.  Letaklah inti telur bawang, telur bawang kucai, sardin, pisang atau gula.  Ikut selera.   Tepung yang sama juga boleh buat murtabak.  Rekalah apapun asalkan semua suka dan tidak membazir.  Roti ni lembut sampai petang tau. 



resipi roti canai, cara buat roti canai lembut, sedapnya roti canai

Roti canai biasa dan roti bom.  Roti bom letak gula sahaja dalamnya.  Saiz roti, ikut kepakaran korang tebar. Kami tebar dulu, bila ada yang terkoyak terus tukar main tarik-tarik saja.  Pastikan ada ruang besar.  Yang ni kami buat atas meja makan sahaja.


resipi roti canai, cara buat roti canai lembut, sedapnya roti canai


Roti telur - pecah telur sebiji campur hirisan bawang dan kucai. Masa letak atas kuali ni (kami guna pan sahaja) letakkan sedikit planta, nanti kulit luar bahagian tepi tu rasa garing-garing sikit.


resipi roti canai, cara buat roti canai lembut, sedapnya roti canai

Kari daging campur kentang, Buat pekat sedikit.  Ambil sesenduk dan hancurkan sedikit untuk jadikan inti murtabak.  Buat la macamana sekalipun dan letak inti lebih atau sedikit, yang pasti sekeping murtabak ni memang kenyang.  Bulan puasa ni tak perlu dah cari murtabak luar, buat sendiri sahaja.

Masa-masa pkp ni, kena cari makanan yang boleh mengenyangkan dalam masa yang lama supaya tiada suara-suara mengadu lapar kedengaran.  Cubalah tau.

Stay Safe!