Daging Bakar Cicah Air Asam

Monday, April 27, 2020
Dok update pasal menu ja la lately.  Korang mesti tiap-tiap hari dok cari lauk apa nak masak kan. Samalah dengan akak. Kalau tahun-tahun lepas, bila blur nak masak apa, ada pilihan lain samada cari di pasar ramadhan atau kedai makan tapi tahun ni berbeza, sila sediakan sendiri.  Ada ja pilihan untuk order food delivery tapi dah alang-alang ada di rumah, baiklah sediakan sendiri.  Perangai akak pula, bila masak untuk berbuka, masak sekali untuk sahur, so lauk berbuka dan sahur hampir sama.  Tak pening dah, kalau terlewat sikit jaga untuk sahur, tak susah hati sebab tinggala nak panaskan lauk dan masak nasi sahaja.

Daging Bakar Cicah Air Asam

Ni kejadian semalam.  Dah lama tak makan daging bakar.  Dapat tiga keping daging kambing terus teringin nak makan kambing bakar.  Perap sekejap dengan gula, garam, lada hitam, jintan, serbuk cili.  Lepas tu bakar dengan api yang perlahan, biar dia masak sikit-skit supaya daging jadi moist.  

menu ringkas berbuka puasa, masak daging, cicahan daging, masakan mudah dan sedap
Hiris-hiriskan boleh makan ramai-ramai.

Sambil-sambil tunggu daging masak, bolehlah sediakan air asam.  Boleh juga nak makan dengan sos lada hitam, tapi teringin nak makan dengan air asam pula kali ni.  Air asam mudah ja nak sediakan.  Hiris tomato, bawang besar, cili merah, sedikit belacan bakar, gula, garam dan semestinya air asam jawa. Campur dan lenyek-lenyekkan sedikit supaya mesra rasanya.  

Siap dan boleh dimakan dengan nasi panas atau makan begitu sahaja. Cubalah!



You Might Also Like


6 comments

  1. Puan Azira hari tu kongsi air asam dengan telur tu saya dah cuba. Cuma saya guna sotong.
    Rasanya bahan protein boleh tukar-tukar kan.
    Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  2. uih sedapnya daging bakar..da lama tak dapat..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya daging bakar. Ada permintaan kat rumah ni bolehlah kak laili try nanti 😁

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Followers