Teka Perisa Misteri Kerepek Pringles untuk Hadiah Tunai RM20,000!

Thursday, March 26, 2020

Cabar cita rasa anda dengan perisa misteri serba baharu edisi terhad 

Dah lama tak update blog. Idea merudum walaupun hari-hari dok depan laptop. Macam-macam benda rasa nak update tapi tak satu pun jadi nyata.  Akak pasti sepanjang tempoh PKP ni korang mesti asyik makan je kan.  Macam-macam menu yang keluar. Ditambah pula dengan pelbagai kudapan segera yang pastinya ada dalam stok rumah korang.  Sambil-sambil mengunyah, kita cuba kudapan yang mana tahu boleh menang ganjaran besar.

Semua orang suka kejutan yang menyeronokkan, terutama dengan makanan ringan. Terbayang akan snek semestinya Pringles menjadi kegemaran di pesta dan keramaian. Dikenali di seluruh dunia kerana bentuk kerepek yang unik dan disusun bertingkat-tingkat, kewujudan Pringles adalah untuk membawa keseronokan kepada semua orang. Sama ada anda mengidamkan snek dengan perisa hebat, atau sesuatu yang agak masam dan pedas, setiap kerepek Pringles yang berperisa sungguh rangup, dan tidak berminyak pada jari atau di mulut.

Buat pertama kalinya di Malaysia, Pringles menawarkan peminat snek dengan Perisa Misteri yang baharu! Hanya boleh didapati untuk masa yang terhad mulai 1 Mac, Perisa Misteri Pringles didatangkan dalam tin putih, maka anda boleh meneka sebelum menyuapnya ke dalam mulut! Dicipta khas untuk mencabar cita rasa peminat Pringles di Malaysia, Perisa Misteri boleh didapati di kedai runcit utama serta laman e-dagang di seluruh negara mulai 1 Mac hingga 30 April 2020.  Untuk menjadikannya lebih menarik, seorang (1) pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah tunai bernilai RM20,000 jika mereka dapat meneka Perisa Misteri dengan betul!

hadiah tunai, perisa baru, kerepek kudapan, menang hadiah tunai


 "Pringles telah diperkenalkan kepada rakyat Malaysia lebih 40 tahun lalu. Hari ini, ia telah menjadi salah satu kerepek kegemaran Malaysia untuk dijadikan kudapan. Sepanjang dekad yang lalu, kami kekal sejati dengan jenama kami, "Sekali anda makan, keseronokannya tidak akan berhenti!"  Inilah sebabnya kami terus mencipta dan mengeluarkan perisa baharu kerepek Pringles untuk menjadikan setiap pengalaman snek sungguh menyeronokkan bagi seisi keluarga," kata Bose Sanjib, Pengarah Pemasaran Kellogg di Asia Tenggara.

hadiah tunai, perisa baru, kerepek kudapan, menang hadiah tunai

Mula-mula bagi sorang sekeping untuk rasa dan bagitau apa yang mereka rasa.  Seronok pula berteka teki perisa baru ni.

hadiah tunai, perisa baru, kerepek kudapan, menang hadiah tunai

Mencari perisa baru...agak-agak boleh jumpa tak?


"Kini terdapat lapan perisa, termasuk perisa kegemaran klasik seperti Asli dan Krim Masam & Bawang, serta kombinasi lain yang lazat seperti Keju Cheesy, Panas & Pedas dan banyak lagi. Kami juga mempunyai perisa hanya untuk masa terhad atau bermusim yang diidamkan oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun. Mulai 1 Mac, kami akan melancarkan Perisa Misteri yang menyeronokkan dan meriangkan semasa memakannya, kerana itulah Pringles yang sebenar! Sekarang, anda boleh menyertai permainan meneka bersama rakan dan keluarga, serta mendapat ganjaran untuk "meneka" perisa dengan betul. Walaupun jika anda tidak dapat memberi jawapan yang betul, anda akan berseronok bersama dengan orang yang tersayang sambil mencuba meneka perisa Pringles!" kata Sanjib.

Mudahnya untuk menyertai peraduan "Meneka Perisa Misteri"!

Korang boleh menyertai peraduan ini dengan 3 langkah mudah.

• BELI mana-mana 2 tin kerepek Pringles (jangan lupa untuk menyimpan bukti pembelian anda!)
• Log masuk ke laman web Pringles Malaysia di www.pringles.com. TEKA Perisa Misteri & maklumkan kepada kami misteri kegemaran anda tidak lebih daripada 25 perkataan.
• Sertai peraduan untuk MEMENANGI hadiah wang tunai RM20,000!

Untuk menambah keseronokan cabaran Perisa Misteri, Pringles Malaysia akan memberi satu (1) petunjuk setiap dua (2) minggu di halaman Facebooknya.  Ada empat (4) petunjuk untuk dikumpulkan, jadi jangan ketinggalan mendapatkan petua ini untuk membantu anda "menyelesaikan" perisa dengan betul!

hadiah tunai, perisa baru, kerepek kudapan, menang hadiah tunai


Dapatkan kerepek Pringles Perisa Misteri hari ini dan sertai cabaran "Guess the Flavour" untuk merebut peluang memenangi hadiah wang tunai RM20,000! 
Kalau dah memang rezeki korang, mana tau kan.  Dapat juga digunakan pada masa yang diperlukan.

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan Perisa Misteri Kerepek Pringles, sila layari https://www.pringles.com/my/mystery-flavour/home.html atau ikuti Pringles Malaysia di Facebook: @Pringles Malaysia



You Might Also Like


8 comments

Like us on Facebook

Followers