Air Kelapa Penghilang Dahaga
Seminggu kebelakangan ini cuaca sangat panas. Buat kerja sikit pun dah meleleh-leleh peluh di badan. Badan pun rasa tak berapa selesa dengan cuaca begini. Peralihan musim mungkin. Kesian kat anak-anak yang pulang sekolah atau pun yang masuk sekolah sesi petang. Bertabahlah anak-anak demi untuk menuntut ilmu.
Kalau hari cuti, dalam cuaca panas begini, yang paling penting akak akan pastikan bekalan air minuman sentiasa tersedia. Kat rumah takde pasang mesin air pun, lebih pada acara lama. Air tapis, masak air dan sejukkan. Sebahagian masuk dalam peti sejuk. Entah, tak berapa teringin lagi untuk memasang mana-mana mesin air pun lagi.
Hahaha…..legend sangat kan!!
Air Kelapa Penghilang Dahaga
Kadang-kadang bila terasa panas sangat, tekak teringin sangat minum ayaq ais (kata orang utara). Dapat sarbat pun sedap ! Tapi mana pulak nak cari sarbat kan. Teringat masa kanak-kanak, berebut cari ais kepal. Dapat tengok orang buat ais kepal pun boleh buat meleleh air liur.
Boleh nanti kopek dan hantar kedai untuk mesin. Banyak juga buah kelapa yang tak berkutip. Eh! Dalam kepada dah merangka, kalau dapat proseskan kelapa-kelapa tua ni menjadi kerisek, memang berbaloi sebab tak lama lagi nak puasa dan hari raya, tentu ramai orang perlukan stok kerisek untuk memasak. Okay masuk list boleh buat. Nanti kita plan kata en suami.
Sebelum kutip kelapa, kita selfie dulu. Belakang rumah MIL ni sawah luas terbentang. Kalau musimnya memang cantik menghijau. Dah lama tak jalan-jalan tepi bendang ni.
Model buah kelapa. Budak-budak ni kalau dapat buat kerja-kerja begini memang seronoklah. Mujur musim kering, kalau sawah berair, memang berselut lah jawapnya.
Yang ni memang kesukaan dia. Tak payah suruh, volunteer je dia pi kutip buah kelapa. Kat kampung ja dapat rasa macam ni. Anak-anak sekarang dah makin jauh daripada aktiviti begini. Ini antara alasan yang en hubby bagi bila usulnya untuk berpindah balik ke kawasan kampung nanti. Masih dalam perbincangan.
Upah penat kutip kelapa. Yang ni tugas en hubby la. Akak suka korek isi kelapa muda. Puashati dapat juga minum air kelapa muda.
Khasiat Air Kelapa Muda
Kata orang air kelapa muda ni banyak khasiatnya. Betul atau tidak, tak dapat akak pastikan. Mungkin berlaku secara kebetulan tapi tak salah untuk kita mencuba sekiranya ianya mendatangkan kebaikkan kan?
Mengurangkan Berat Badan
Kalau korang mencari air selain daripada air kosong untuk diminum, air kelapa adalah pilihan yang sesuai. Tapi jangan sesekali dicampurkan dengan gula, ais ataupun aiskrim. Minum terus selepas dikopek. Tak percaya? Kena cuba baru tau.
Penjagaan Kulit
Kepada yang ingin memilik kulit yang cantik, boleh cuba amalkan minum air kelapa. Ianya membantu memulihkan dan memelihara kelembapan kulit korang. Takde dahlah kulit yang kering terutama dikala cuaca panas terik macam sekarang ni. Cuba korang perhatikan bila beli produk kecantikan, ada antaranya yang menggunakan ekstrak buah kelapa kerana ianya baik untuk penjagaan kulit.
Membantu Penghadaman
Air kelapa mengandungi kadar serat yang tinggi yang boleh membantu dan mencegah masalah pencernaan. Ian juga dikatakan boleh membantu mengurangkan berlakunya refulks asid dalam perut.
Mengimbangkan Kadar pH Badan
Stress dan tekanan kehidupan seharian serta corak pemakanan yang tidak baik, boleh meningkatkan kadar asid dalam badan. Badan akan rasa letih, lemah dan kurang bermaya. Air kepala memberi kesan alkali dan bertindak untuk mengimbangkan kadar pH dalam badan.
Melambatkan Proses Penuaan
Yang ini paling akak suka. Air kelapa mengandungi Cytokinins yang katanya mempunya kesan anti-penuaan pada tisu dan sel-sel kulit. Ia memastikan kulit mendapat kelembapan yang cukup untuk membantu dalam melambatkan penuaan kulit. Macam ni kena selalu dan berterusan pengambilan air kelapa ni.
Sedikit sebanyak kebaikan air kelapa yang boleh akak kongsikan dengan korang. Tak semestinya betul tapi sekurang-kurangnya adalah kebaikan yang boleh diperolehi. Mungkin dengan peningkatan kemajuan sains dan teknologi sekarang ni dapat membantu menghasilkan lebih produk yang sesuai dan menggunakan bahan semulajadi.
Jom korang minum air kelapa !
16 Comments
Bestnya air kelapa fresh.
ReplyDeletememang best
DeleteSaya pun tak pernah lepak di bendang.
ReplyDeletemasa kering dengan masa orang menanam, akan dapat suasana berbeza. Saya suka bila musim padi menghijau dan menguning.....tak jemu memandang.
Deletebetul tu, sekarang ni panas sangat.. dapat air kelapa fresh camni memang best hehe
ReplyDeletekalau kreatif...kita buat coconut shake..he
DeleteKhasiatnya pun banyak
ReplyDeleteBetul....suka minum air kelapa fresh tanpa tambahan gula.
Deletenyum kelapa muda minum pulak di bawah pokok tepi bendang, perghhh memori sangat ^_^
ReplyDeletekan.....seronok tengok anak-anak dapat merasai suasana macam ni
DeleteAir kelapa memang sedap. Cuma kat Bangi ni mahal, sebiji kelapa boleh cecah 4-5 ringgit sebiji.
ReplyDeletetu la...alhamdulillah kami boleh lagi dapat free di kampung.
DeleteSedapnya air kelapa. kalau balik kampung baru dapat minum air kelapa fresh. kalau beli kat kedai mesti terlebih gula rasanya.
ReplyDeletekan....hilang rasa freshnya
Deletesungguh !! lagi2 time panas hari. laaaayannn minum air nyok =D
ReplyDeletecampoq pulak dengan isi nyoq muda....walla...
Delete