Masakan Ringkas Yang Mudah Disediakan


Hari-hari fikir menu apa yang nak disediakan untuk petang nanti.  Hari ini akak nak kongsi masakan yang paling senang nak buat.   Kalau nak cepat makan, inilah lauk yang paling sesuai sekali nak buat.  Bukan sahaja mudah, sedap juga. Jom petang ni kita buat Telur Rebus Air Asam

masakan simple, lauk bersahur, air asam power, masakan mudah disediakan, sedap
credit gambar : deqsue

Skrol kawan-kawan punya ig, jumpa menu ni.  Biasa akak suka buat masa bulan puasa waktu bersahur. Sekarang ni kan ada yang dah mula berpuasa bulan Rejab, akak sharelah mana tahu korang nak buat.

Bahan- bahan - telur rebus, air asam jawa, bawang, cili padi, tomato, belacan, gula, garam. Bahan-bahan ni untuk buat air asamnya kecuali telur rebus. Telur rebus tu masukkan kemudian bila air asam dah siap.  Aduh, kecur liur sambil menaip ni. Teringat-ingat bila dapat makan dengan nasi panas.

Kalau nak cuba dengan ikan pun boleh.  Akak ada share resepi ---- Ikan Pari Air Asam

Sedap dan sempoi !

6 Comments

  1. Uisshhhh.....akak tak tau pulak ada resepi telur rebus gini. Memang akan dibuat petang ni 😋

    ReplyDelete
  2. Pertama kali tahu telur rebus boleh digandingkan dengan air asam. Mudah juga .

    ReplyDelete
  3. Beberapa kali dah plan nak buat, tapi belum terbuat buat.

    Aduh, teringin nak rasa

    ReplyDelete