Siapa Yang Akan Terpilih ?
Apa khabar hari ini? Masih berbicara tentang kisah semalam ka? Sunyi sikit kot rasanya.
Awal tahun 2020 ni macam-macam yer yang secara kebetulan telah membuka mata dan telinga kita dengan pelbagai kisah suka duka yang dipaparkan. Bukan tidak pernah kisah-kisah ini berlaku tapi bila berlaku pada mereka yang ada nama, satu demi satu kebaikan dan keburukan dipaparkan.
Kisah umrah masih suam-suam, datang pula isu faraid. Belum lagi isu faraid habis dicanang, terbit pula kisah mahram. Tenggelam timbul antara umrah, faraid dan mahram, yang terkini kisah politik negara kita bertebaran dari bibir ke bibir, sampaikan ada anak-anak di sekolah rendah pun dah pandai berkata…eh perdana menteri dah letak jawatanlah!
gambar google
PM 7 Letak Jawatan
Sungguh akak tak nafikan, memang dari pagi mengikuti perkembangan berita-berita politik yang dikongsikan rakan-rakan dan bacaan di media sosial. Panas! Panas! Panas! Tiba-tiba seluruh pelusuk Malaysia bercerita tentang perkara yang sama. Tak percaya…pergilah meronda kedai-kedai kopi di kampung-kampung mahupun kedai makan di pekan dan bandar. Sambil mengopi, sambil makan, sambil tunggu pesanan makanan sampai, tentu isu yang sama jugalah yang mendapat perhatian. Media sosial jangan cerita lah, tak cukup tangan nak skrol.
Perletakan jawatan Perdana Menteri, yang pertama berlaku dalam sejarah Malaysia. Pasti nanti akan tercatat dalam buku sejarah bersama tercatatnya kisah Tun M, PM yang memecah tradisi meletak jawatan dalam usia pimpinan yang belum sepenggal lagi. Ingat tu tarikh keramat 24 Februari 2020. Satu ketika dulu Tun M yang mencanang tentang Wawasan 2020. Tahun 2020, Tun M menggemparkan pula politik tanahair. Mungkin perletakan jawatan Tun M akan bawa perubahan yang lebih baik pada negara selepas ini?
Entahlah. Akak bukan penganalisis politik. Apatah lagi nak berbicara tentang politik. Bukan bidang akak. Cuma sekadar ambil tahu apa jadi dengan negara kita. Apa yang berlaku mesti ada sebab dan apa yang akan berlaku selepas ini juga mesti dah ada perancangan yang terbaik. Yang pasti semakin hari, semakin rajin pulak akak mencari kisah tentang Tun M. Dalam usia menghampiri 95 tahun, tapi masih boleh uruskan sebuah negara.
Perlantikan Perdana Menteri Interim
Perdana Menteri Interim juga istilah yang pertama kali akak dengar. Interim atau ertikata lain perantaraan. Dalam hal ni PM Interim bertanggungjawap menguruskan negara untuk sementara waktu sementara berlakunya perlantikan. Perlantikan PM interim ini tidak perlukan sokongan majority ahli Dewan Rakyat. Tiada had tempoh yang ditetapkan tapi sebaiknya biarlah cepat supaya pentadbiran negera dapat dijalankan dengan baik.
Walau apapun keputusannya, sebagai rakyat Malaysia kenalah terima. Setiap orang ada sisi baik dan buruknya…`nobody perfect’ kan. Terima dengan hati terbuka tapi pada masa yang sama janganlah sampai kita dipijak dan dinafikan hak.
Siapa agaknya PM 8 yer? Siapa yang akan terpilih?
2 Comments
sapa2 pun yang dipilih, kita sebagai rakyat marhain terima jaelah
ReplyDeleteBetul. Setiap orang ada kelebihan masing-masing.
Delete