Jambatan Pulau Bunting Port Menarik Untuk Kaki Pancing
Cuti hujung minggu kami kali ini, kami penuhi dengan suasana desa. Dah lama tak meronda. Kali ini kami jejak semula ke lokasi kegemaran kami di Yan, Kedah. Daerah Yan merupakan salah satu daerah di negeri Kedah yang mempunyai lokasi-lokasi alam semulajadi yang agak menarik. Tujuan asal ke sini adalah untuk ke pasar malam Guar Chempedak. Oleh kerana dah sampai awal, kami ronda-ronda dulu cari makan. Satu tempat yang pasti kami tuju kalau ke Yan, cari pasembor special.
Pasembor Special di Medan Makan Belakang Pasar Awam Yan Kecil
Apa yang istimewanya pasembor ini? Dalam pasembor ni ada macam-macam termasuk ikan. Akak pernah cerita kat sini -- Pasembor Special . Kat sini ja akak jumpa pasembor macam ni. Lepas makan pasembor, selalunya kami akan terus singgah ke Pasar Awam di situ. Kalau korang nak tahu Yan ni juga antara lokasi yang selalu menjadi tumpuan kaki pancing. Di pasar ini adakalanya kaki pancing akan menjual hasil tangkapan mereka. Best tau dapat ikan yang segar terutama bila musim tenggiri sampai. Satu ketika dulu, en hubby antara pemancing tegar yang kerap ke sini tapi sekarang dah lama tak ke laut. Selesai makan cari port lain pula.
Jambatan Pulau Bunting Port Menarik Untuk Kaki Pancing
Pandangan dari tengah jambatan ke tanah besar. Waktu ni awal lagi tak ramai kaki pancing atas jambatan. Kalau berdekatan memang boleh jadi lokasi pilihan keluarkan peluh sambil menikmati udara laut.
Oleh kerana masih awal, kami cuba 'explore' lebih jauh lagi dalam daerah Yan ni. Sesekali datang kan! Kali ini kami singgah pula ke Pulau Bunting. Ikut sahaja google map. Pulau Bunting ni dihubungkan dengan tanah besar melalui jambatan sepanjang 2.3km. Tapi jambatan ini tidak boleh dah dilalui oleh kenderaan, dah ditutup sebab berlaku pencerobohan ke atas Pulau Bunting. Walaubagaimana pun boleh dilalui sekiranya berjalan kaki atau berbasikal. Bagi kaki pancing lokasi sepanjang jambatan ini memang sesuai untuk mencuba nasib. Masa kami sampai pun ramai kaki pancing yang kebanyakannya penduduk tempatan yang menghabiskan masa berehat sambil memancing di sini. Ada sahaja hasil yang diperolehi tapi bukanlah ikan-ikan yang besar, sekadar seronok-seronok bolehlah. Mungkin di sebelah malam lebih ramai lagi.
Sebelum masuk ke kawasan jambatan, ada gerai jualan minuman, laksa dan siput mentarang ni. Akak tak pernah makan tapi en hubby nak cuba. Beli sikit yang masih belum dibakar bawa balik. Yang ni penjual tu dah bakar, harga jualan mengikut saiz. Ada juga gerai sewa basikal. Pada yang tak larat nak jalan jauh, bolehlah kayuh basikal. Sewa serendah RM5 sahaja.
Pandangan dari tengah ke Pulau Bunting. Pulau Bunting ni tak besar, tiada penempatan pun tapi sesuai untuk memancing. Mungkin nanti akan dibangunkan semula lokasi ini dan jambatan ini boleh dilalui semula oleh kenderaan empat roda.
Luasnya Selat Melaka. Berada di tengah-tengah lautan sambil dibuai angin Selat Melaka. Suka sangat menghayati pemandangan macamni. Nampak luas, lapang tanpa halangan.
Puas berjalan.Yang bestnya tak rasa letih pun walaupun berjalan di tengah panas.
Inilah hasil pancingan pemancing di situ. Ikan sembilang. Ada banyak dalam bekas hasil tangkapan, lupa pulak nak ambil gambar sebab terleka tengok ikan yang sekor ni. Bila umpan mata pancing dipagut si ikan, terdengarlah jerit pekik mereka keriangan. Mungkin juga hasil pancing itu merupakan rezeki mereka untuk malam nanti ataupun mungkin boleh dijual kepada peminat sembilang.
Penat juga berjalan sehingga ke tengah jambatan. Cukup 10 ribu langkah. Walaupun cuaca panas, tapi tak terasa penat sangat sambil merasai tiupan angin Selat Melaka. Pulau ini digelar Pulau Bunting jika dilihat dari pekan Yan, ia seakan-akan menyerupai rupa paras wanita mengandung atau bunting. Mesti ada pelbagai cerita rakyat yang bersangkutan dengan nama pulau ini.
Puas berjalan, tengok orang memancing, ambil angin tengah lautan, kami pun bergeraklah ke destinasi terakhir sebelum pulang. Yeah ! Jom ronda pasar malam.
Dari kejauhan kelihatan Gunung Jerai. Rindunya nak panjat Gunung Jerai ni.
Pasar Malam Guar Chempedak
Lokasi yang paling kami suka. Apa bezanya pasar malam ni dengan pasar malam yang biasa kami kunjungi? Mai nak habaq. Kat sini ada macam-macam jenis makanan dijual. Pusing kiri, kanan, jalan ke depan, undur ke belakang, bersusun pelbagai makanan. Bukannya suka nak membeli tapi seronok melihat. Tak tahu kenapa, hati memang tersuka ke pasar malam ni. Seronok tengok orang berniaga dan membeli. Pasar malam Guar Chempedak ni agak sibuk kerana berada di jalan besar.
Bersebelahannya ada pasar awam yang juga menjual pelbagai hasil tangkapan laut. Murah pun murah juga. Adakalanya kami beli lauk mentah di sini sahaja. Selain harganya yang agak murah, ikan-ikan pun fresh dari laut. Kalau nak makan, kedai makan pun berhampiran. Bihun sup utara memang pilihan kami kalau singgah makan di sini. Lain kali akak bercerita tentang pasar malam ini. Tak banyak gambar sempat diambil, seronok sangat pilih makanan.
Seusai solat maghrib, kami bertolak pulang dengan rasa puas. Puas dapat melihat keindahan suasana kampung. Setiap kali datang mesti ada yang berubah. Perubahan maksudnya ada pembangunan. Bila ada pembangunan maknanya ada lebih rezeki pada penghuninya. Nak tunggu musim padi pula nanti, mesti cantik lihat saujana sawah luas terbentang.
10 Comments
Seronoknya..kalau SA cuma dapat pergi PD je la kak Azi...itupun tak dapat nak lepak lama- lama..nanti nak ajak la adik2 lepak lama sikit...
ReplyDeleteDah lama tak singgah PD. Kat sini banyak juga port dekat pantai tapi selalu tidak berkesempatan.
Deleteyes guaq chempedak dah membangun. tambah lagi ada longwan. hehe
ReplyDeletebesaq pulak tu longwan dia.
DeleteSeronoknya kak AZ. Tengok view. Tengok laut. Terapi bagi Ruby kalau dapat tengok laut ni. Heee
ReplyDeleteOuh jambatan tu kenderaan tak boleh lalu. Sebab ada kes nak ceroboh tu ya. Tak bertanggungjawab nya aii.
Mentarang tu Ruby suka jugak. Tapi sini kat Puchong tak de. Kena ke Kuala Selangor.
Jalan2 ronda, kayuh2 basikal, makan² nikmat 🥰
sesekali reward utk family, bawalah semua keluar berjalan-jalan
DeleteSeronoknya dapat jalan2 ..
ReplyDeletekeluar sarang ..hehe
Deletebestnya jalan2 dkt Utara...
ReplyDeleteAda yang best, ada jugak tak bestnya.
Delete