Pembelian Pin Unik UPU 2020

Bila UPU dah buka untuk pembelian pin unik bermakna tak lama lagi dah keputusan SPM nak keluar.  Minggu ni debaran pelajar STPM akan berakhir. Tunggu pula debaran SPM.  Seperti kelaziman, bila anak yang exam, mak-mak akan debar lebih. Macam-macam dah mula difikirkan.  Bagi para pelajar yang menunggu keputusan SPM, hari ini 24 Februari 2020, bermula jam 12 tengahari, anak-anak dah boleh dapatkan pin unik untuk permohonan melalui UPU.


tarikh beli pin no upu, pin upu, bsn, beli pin upuonline



Cara Beli Pin Unik UPU Sesi 20/21 Pengajian

Ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk pembelian nombor pin ini.  Hanya Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja yang menjualnya.  Korang boleh pergi ke mana-mana cawangan BSN untuk dapatkan nombor pin ini.

1. Kaunter Bank Simpanan Nasional
    Cara paling mudah, pergi sahaja ke kaunter BSN. Jangan lupa bawa kad pengenalan  diri/Mykad wang untuk buat bayaran.  Buat siap-siap salinan kad pengenalan, cepat sikit kerja nanti.

2. Pembelian Melalui  ATM
    Menggunakan mana-mana kad ATM BSN.  Kalau takde sendiri punya, boleh je guna adik beradik, mak ayah atau kawan-kawan punya. Caranya, masukkan kad ATM dan pilih untuk beli pin. Pilih samada untuk SPM atau STPM dan masukkan no kad pengenalan.  Semak sebelum klik setuju.  Resit akan dikeluarkan, simpan  untuk kegunaan seterusnya.

3. Perbankan SMS
    Cara ini memerlukan pengguna ada akaun dengan BSN.  Perlu daftar nombor telefon bimbit korang dulu sebelum menggunakan  perkhidmatan  SMS.  Pendaftaran perlu di buat di ATM atau CDM.

4. Kunjungi kaunter BSN di mana-mana taklimat kemasukan ke IPTA
    Yang ini bergantung pada program yang diadakan samada BSN turut serta atau tidak.  Abang Irfan dulu beli masa mengunjungi karnival pendidikan tinggi.  Terlanjur ada kaunter BSN yang dibuka, jangan lepaskan peluang.

Tarikh-tarikh Yang Perlu Pelajar Ingat

Untuk anak-anak yang ingin memohon melanjutkan pengajian ke pusat asai, insitusi perguruan, matrikulasi dan yang sewaktu dengannya, korang kena ingat tarikh-tarikh penting ini supaya korang tak terlepas untuk memohon.


  • Tarikh buka untuk pembelian no pin - 24 Februari 2020
  • Tarikh tutup : 30 Mac 2020 (lepasan SPM) dan 6 April 2020 (lepasan STPM)
  • Permohonan no pin ditutup sehari awal sebelum tarikh tutup permohonan UPU.
  • Harga pembelian no pin unik ini ialah RM15.60 (Tiada GST dikenakan ke atas permohonan UPU online)

Dah beli, tunggu keputusan keluar pula. Good luck anak-anak pelajar semua !

4 Comments