Antara Faraid, Hibah dan Wasiat


Perkongsian berat juga ni. Tapi sebagai seorang Muslim sedikit sebanyak kita perlu tahu maksud dan keperluan antara faraid, hibah dan wasiat ini supaya kita tidak tersalah ambil tindakan.  Tak semestinya perlu punyai harta yang banyak untuk ketiga-tiga ini tapi apa sahaja yang kita tinggalkan selepas kematian kita, maka yang tinggal perlulah melalu mana-mana proses ini supaya apa sahaja harta yang kita tinggalkan walaupun sebuah rumah, ditinggalkan dengan cara yang betul di sisi Islam.

Akak bukanlah arif tentang bab-bab pembahagian harta pusaka ini tapi terpanggil untuk berkongsi dan simpan info ini untuk rujukan sendiri. 

Apa Maksud Hibah

Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah. Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau manfaat, manakala mengikut istilah syarak, hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain ketika tempoh  hidupnya tanpa sebarang balasan (‘iwad).

Dari segi hukum, hibah adalah suatu amalan yang sunat dan digalakkan dalam Islam terutama sekali kepada kaum keluarga terdekat. Amalan ini adalah berdasarkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan ijmak.  

Pemberi hibah hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna akal, baligh dan rushd.Pemberi hibah mestilah tuan punya barang yang dihibahkan. Oleh kerana pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya.hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang disukainya termasuk kepada orang bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar hukum syarak.

Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan dia mempunyai keupayaanmemiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf. Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf seperti masih belum akil baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya. Penerima hibah mestilah menerima harta yang dihibahkan dan berkuasa memegangnya. Dengan kata lain, penguasaan dan kawalan terhadap harta mestilah diberikan kepada penerima hibah.

Apa Maksud Wasiat

Wasiat sebenarnya adalah ikrar atau pengakuan seseorang untuk menyempurnakan pengagihan harta selepas kematian kepada bukan waris dan ahli waris yang terlindung daripada menerima harta pusaka. 

Kadar harta yang boleh diwasiatkan adalah sebanyak satu pertiga daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan. Manakala, dua pertiga daripada harta pewasiat adalah merupakan hak ahli waris untuk dibahagikan secara faraid

Wasiat boleh berubah dan penerima wasiat perlulah menerima apa juga wasiat yang ditinggalkan oleh si mati.  Wasiat menjadi wajib apabila seseorang mempunyai tanggungjawab yang perlu ditunaikan terutama yang berbentuk ‘hak ALLAH’ seperti zakat, kafarah dan haji yang dibimbangi tidak dapat ditunaikan sekiranya tidak diwasiatkan kepada seseorang untuk melaksanakannya

Apa Maksud Faraid

Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti  anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta). Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:

  1. Tanah
  2. Bangunan (rumah).
  3. Barang kemas (emas, perak dll).
  4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dan lain-lain


perbezaan hibah, wasiat, faraid, kepentingan pembahagian pusaka, pemudahkan urusan selepas kematian, ilmu


Akak tak nak menulis panjang tentang ketiga-tiga perkara ini. Cukuplah akak share maksud yang mudah faham, selebihnya masing-masing kita kena cari ilmu sendiri.  Sekiranya berlaku situasi di mana kita perlu lalui fasa ini, dan sekiranya kita tidak tahu, maka selayaknyalah kita cari mereka yang lebih faham untuk membantu.  Jangan sesekali membuat andaian sendiri.

Permudahkan lah semua urusan, apatahlah jika ianya membabitkan hidup mati dan kelangsungan hidup.  Islam itu mudah. Manusia yang suka menjadikan perkara mudah kepada sukar.

Akak selalu ingatkan diri sendiri untuk jadikan amalan mencatat apa sahaja tugasan yang belum selesai, hutang yang belum selesai, harta benda yang ada dan simpan segala dokumen yang ada dalam keadaan teratur dan mudah dicari. Pastikan pasangan atau anak-anak yang boleh dipercayai tahu dimana kita simpan dan isi kandungan simpanan tersebut.  Kita tidak tahu sejauh mana perjalanan hidup kita ini diizinkan.

Permudahkanlah....moga Allah juga permudahkan urusan kita.  Carilah ilmu dan berkongsilah untuk pemahaman bersama.


Sumber info:
https://www.maybank2u.com.my/iwov-resources/islamic-my/document/my/en/islamic/scoe/knowledge-centre/articles/konsep_hibah_dalam_islam.pdf

http://kelantan.jksm.gov.my/jksnk/v2/index.php/ms/2-uncategorised/148-hibah

https://www.sinarharian.com.my/article/11851/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Definisi-wasiat-dalam-perspektif-Islam

http://kelantan.jksm.gov.my/jksnk/v2/index.php/ms/2-uncategorised/153-faraid1



9 Comments

  1. terima kasih atas perkongsian kak ^^

    ReplyDelete
  2. terima kasih di atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  3. psl harta adek beradek pon leh bertumpah darah.. huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...tambah-tambah dalam keadaan terdesak.

      Delete
  4. Good sharing...kite sebagai wanita ni perlu tahu hak-hak kita sebagai isteri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, sedikit sebanyak kena tau dan faham supaya kalau jadi apa-apa kita tak panik.

      Delete