Macam-macam nak tulis tapi bila buka je muka putih ni, jadi blank.  So bagi akak semangat balik menulis, pelan-pelan mana yang menarik untuk dikongsi bersama.

Gathering Pertama 2020 di De Pauh Garden Restaurant & Cafe


Bagi orang-orang Pulau Pinang khususnya yang menetap di sebelah tanah besar ni, nama De Pauh mungkin tidak begitu asing.  Lokasi tempat makan yang agak menarik untuk seisi keluarga.  Tahun baru, azam baru, semangat baru mulakan kerja, team kami mulakan dengan mengadakan small gathering dengan semua anggota sambil mengambil peluang juga meraikan teman yang bertukar lokasi kerja.  Dimulakan dengan perjumpaan mengimbau kejayaan lepas dan diikuti  dengan pembentangan plan dan ikrar untuk tahun 2020.  Lepas selesai semua tu, tentulah episod makan-makan yang ditunggu-tunggu.

Lokasi De Pauh ni tak berapa jauh sangat dengan ofis kami.  Untuk mengelakkan ada yang sampai lambat, maka bos plan semua pergi secara car pool, save masa dan boleh makan cepat.  Dah lapar kot sebab ada antara kami yang tak makan pagi.

Di De Pauh, korang boleh makan secara ala carte dan juga pesanan. Kalau nak buat tempahan dulu pun boleh so bila sampai boleh terus makan.  Dibuka dari tengahari sehingga malam.  Kalau tengahari tu ada pelbagai lauk yang korang boleh pilih mengikut selera korang. Ada juga menu set so korang tak perlu fikir nak pilih menu apa. Set asam pedas kat sini sedap !

Selain daripada itu, korang boleh juga buat tempahan untuk kumpulan ataupun jamuan.  De Pauh ada ruang terbuka, ruang untuk kenduri dan juga bilik berhawa dingin.  Untuk gathering kami ini, kami pilih bilik berhawa dingin. Menu hidangan, admin kami dah pilih dan memang sedap !

Tengoklah pilihan menu kami.  Ada kari kepala ikan, ayam goreng berempah, sambal sotong, ulaman dan tak ketinggalan sambal belacan. Memang superb! Sedap kena dengan citarasa akak.  Disebabkan perut lapar, memang tak toleh kiri kanan dah, isi pinggan terus ngap.


restoran de pauh, tempat makan di pulau pinang, pilihan menu menarik untuk makan, menu makan tengahari

Tengok susunan dan gabungan warna lauk pauk atas meja ni memang terbuka selera. 

restoran de pauh, tempat makan di pulau pinang, pilihan menu menarik untuk makan, menu makan tengahari

Sebelum mula, minum dulu. Sebelum makan elok ja terhidang, lepas makan, malu nak snap gambar. Kosong semuanya .

restoran de pauh, tempat makan di pulau pinang, pilihan menu menarik untuk makan, menu makan tengahari

3 jenis minuman - air tembikai, fresh orange dan epal.  Tak tawar tak manis, sedang-sedang saja tapi air kosong mesti kena ada.

restoran de pauh, tempat makan di pulau pinang, pilihan menu menarik untuk makan, menu makan tengahari

Ambil peluang juga sambut birthday bos.  Sambutan ni tak masuk dalam agenda asal,  kami kena buat secara `surprise' sebab bos selalu mengelak kalau sambut birthday dia. Bukan selalu, setahun sekali sahaja.  Kek ni tak termasuk dalam menu di De Pauh, yang ni admin kami bawa sendiri.

Tak lama lagi cuti sempena Tahun Baru Cina, manalah tau korang sampai ke Pulau Pinang dan mencari tempat makan, bolehlah cuba singgah kat sini.  Akak share location.

Info lanjut boleh juga ke website  :  https://depauhgarden.my/


12 Comments

  1. yes makan suka jugak makan kat sini. kadang sampai tu dah full house :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang suka singgah sini sebab ada macam-macam pilihan makanan.

      Delete
  2. Kalau makan ramai-ramai kena pulak time lapar, berselera tu..

    ReplyDelete
  3. wah awal tahun dah gathering, semangat utk bekerja.
    makanan pun sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada teammate yang berpindah so ambil kesempatan buat gathering bagi semangat awal tahun.

      Delete
  4. syok gather2 sambil makan makan. lagi ramai lagi meriah. lama dah tak g penang

    ReplyDelete
  5. Aaaa....takyah naik jambatan takyah tol extra hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Sekarang ni dah makin banyak tempat makan menarik di tanah besar so tak perlu lah melintas jambatan dah.

      Delete