Resepi Kacang Kuda Kari Pedas Pilihan Snek Untuk Diet
Dah lama tak selit resepi dekat sini. Ada je aktiviti memasak berjalan setiap hari tapi kebanyakannya dah pernah share. Kali ini nak kongsi dengan korang resepi mudah yang korang boleh buat. Resepi ni sangat sesuai untuk korang yang suka mengunyah sambil tengok tv, baca novel ataupun untuk korang yang memang suka ada stok kudapan depan mata.
Resepi Kacang Kuda Kari Pedas
Mudah sangat nak buat ni. Akak memang suka makan kacang kuda rebus. Kali ni lepas tengok resepi ni kat insta kawan akak, tergeraklah pulak hati nak mencuba. Bahan-bahan pun mudah sangat. Kacang kuda, serbuk kari, serbuk cili, daun kari, gula, garam dan sedikit minyak masak.
Caranya pun tak lah susah mana. Kacang korang rendam semalam. Rebus sampai lembut. Tos dan biarkan sejuk. Tumis daun kari, serbuk kari dan serbuk cili. Agak garing, masukkan kacang rebus taddi. Gaul rata dan jangan lupa tambahkan garam dan gula secukup rasa. Banyak mana korang nak guna serbuk kari dan serbuk cili? Terpulang. Kalau suka pedas lebih, lebihkan serbuk cilinya. Kalau nak rasa manis-manis, lebihkanlah gulanya. Semua tu korang adjust sendiri. Gaul rata sampai semua kacang bersalut dengan kari pedas dan agak kering.
Dah siap. Bolehlah letak dalam mangkuk depan tv. Sedar tak sedar habis semangkuk !
Makan Kacang Kuda Boleh Bantu Turunkan Berat Badan
Percaya atau tidak? Terpulang pada korang. Makanan jenis kekacang memang banyak kelebihan. Antaranya:
1. Kacang kuda antara yang mempunyai kandungan protein yang tinggi.
2. Kacang kuda rebus antara pilihan yang korang boleh gunakan sebagai snek ketika terasa lapar. Tak perlu lagi cari stok kerepek untuk jadikan kudapan.
3. Meningkatkan proses pencernaan kerana kacang kuda kaya kandungan seratnya.
4. MEMBEKALKAN BADAN DENGAN VITAMIN SERTA MINERAL - secawan kacang kuda dianggarkan mengandungi 71% Vitamin B6 , 28% fosforus, 26% zat besi. Ia diperlukan untuk membantu badan menghasilkan sel baru, meningkatkan sistem imun badan, mengelakkan dari kekurangan darah, serta membantu menguatkan fizikal otot dan tulan.
Hmmm...tak percaya lagi?
12 Comments
Nampak sedap tu kak, tak pernah makan version ni...
ReplyDeleteAkak pun baru cuba.
DeleteSedap kacang kuda nie.. rebus macam tu je pun boleh ralit..
ReplyDeleteBetul sangat...
Deletememang sedap. sekali mula makan, susah nak berenti. tau2 ja dah habis. haha
ReplyDeleteBetul sangat tu....dah mula makan susah nak berenti..hehhe
DeleteAduhh dok tgk jugak kt fb org share.. Tapi xrebus kacang kuda pon xdan lagi. .Dok lupa ja. .
ReplyDeletecepat pi rebus ...hehe
DeleteKacang kuda memang sedap. Sekali makan tak berhenti nanti 😁
ReplyDeleteSungguh....kat rumah memang selalu ada stok kacang kuda ni, bila teringin je terus rebus.
DeleteMakan kacang sambil tonton tv sebagai snack memang feel hehehe :P
ReplyDeleteSedar sedar dah habis kan...
Delete