Apa Kaitan Tempe Dan Jawa ?
Antara makanan kegemaran akak ialah tempe. Masaklah apapun, kalau disertakan dengan tempe, memang habis akak makan. Antara masakan yang sedap kalau ada tempe ni ialah tempe masak sambal dan kuah lontong. Dulu balut dengan daun pisang, sekarang ni dibungkus dalam plastik saja. Rasanya tak jauh beza.
Tempe Dan Jawa
Bila sebut tempe mesti orang akan kaitkan dengan Jawa. Mungkin masakan orang jawa suka masukkan tempe atau tempe ni memang asalnya dari tanah Jawa. Tapi akak bukan keturunan Jawa dan suka makan tempe. Menurut wiki, tempe ialah makanan kacang soya yang amat terkenal di Asia Tenggara dan berasal daripada suku Jawa (Indonesia). Walaupun ia sering kali dikaitkan dengan tauhu, tempe sebenarnya amat berlainan. Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa yang tidak terdapat dalam tauhu. Sebagai contoh, ia mempunyai rasa yang lebih kuat dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu. So sekarang dah tahu kaitan antara tempe dan Jawa.
gambar google
Khasiat Tempe Yang Perlu Anda Tahu
Tempe berpotensi untuk digunakan melawan radikal bebas, sehingga dapat melambatkan proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif (aterosklerosis, jantung koroner, diabetes, kanker, dan lain-lain). Selain itu tempe juga mengandung zat antibakteria penyebab diarrhoea, penurun kolesterol darah, pencegah penyakit jantung, hypertension, dan lain-lain.
Komposisi gizi tempe baik pada kadar protein, lemak, dan karbohidratnya tidak banyak berubah dibandingkan dengan soya.. Namun, kerana adanya enzim pencernaan yang dihasilkan oleh ragi tempe, maka protein, lemak, dan karbohidrat pada tempe menjadi lebih mudah dicerna di dalam tubuh dibandingkan yang terdapat dalam soya. Oleh itu, tempe sangat baik untuk diberikan kepada semua (dari bayi hingga dewasa), sehingga boleh disebut sebagai makanan semua peringkat umur.
Beberapa penelitian menunjukkan bahwa zat tempe lebih mudah dicerna, diserap, dan dimanfaatkan tubuh dibandingkan dengan yang ada dalam soya.
Sepotong tempe goreng (50 gram) sudah cukup untuk meningkatkan mutu gizi 200g nasi. Boleh sahaja dijadikan makanan ganti kepada nasi.
Tempe goreng, campur ikan bilis dan kentang goreng nipis pun sedap juga.
Gambar ihsan kawan akak yang suka memasak. Kalau korang rajin boleh cari instagram beliau @deqsue. Macam-macam masakan dia pandai masak. Eh..dia jawa tau sebab tu suka makan tempe.
Tempe bukan sahaja sesuai untuk digoreng. Ianya juga boleh dijadikan nilai tambah rasa dalam kuah lontong, sambal tumis, nasi ayam penyet dan yang paling akak suka ialah potong kecil-kecli goreng garing buat sambal ikan bilis. Biarkan kering dan masuk bekas. kalau pergi travel, bawa bekal sambal ni pun dah cukup, makan dengan nasi panas-panas.
Pada yang tak suka makan atau belum pernah cuba makan, bolehlah cuba. Family akak pun daripada tak suka dan jadi suka. Pantang jumpa orang jual tempe mesti kena beli.
Pada yang tak suka makan atau belum pernah cuba makan, bolehlah cuba. Family akak pun daripada tak suka dan jadi suka. Pantang jumpa orang jual tempe mesti kena beli.
17 Comments
banyak khasiat tempe kan? saya suka sgt tempe. tp husband kureng skit sebab dia org utara. :)
ReplyDeleteAlya...akak memang suker tempe nih..anak2 pun dah mula suka..hubby dulu tak suka tp sbb akak slalu masak tempe nih..la dah suker..hehhe
ReplyDeleteTEMPE BEST! Favourite....sbb ia boleh cantikkan kulit gak tau :)
ReplyDeletebetul...betul..betul....tiap2 minggu mesti carik tempe...:)
ReplyDeletefirst time belajar makan tempe masa dok ngan housemate orang jawa... macam macam masakan dia masak dari tempe nih..
ReplyDeletesedapnya tempe cicah sambal kicap
ReplyDeletebest...suka makan tempe
DeleteWak kalau jumpa masakan tempe, mesti tak lepas peluang.
ReplyDeletesamalah dengan saya....arwah mak kata hantu tempe..maksudnya pantang nampak tempe
Deletehusna suka tempe! jarang dah nak jumpa yg balut dalam daun pisang kan.
ReplyDeletetempe nih kalau tak silap husna, sgt sesuai utk yg suka jaga makan.
Sekarang ni semua bungkus dengan plastik ja...
DeleteKalau makan nasi panas dengan sambal tempe pun dah cukup buat bertambah nasi. Hehe.
ReplyDeletememang betul...sambal tempe bilis pun sedap.
Deletekak tau pasal tempe pun sebab masuk U kat parit raja. sebelum ni memang tak penah tau dan makan pun tempe. haha
ReplyDeletehehe...sekali makan mesti nak lagi kan.
Deletesedapnya tempe goreng. Fiza mmg peminat tempe..tak kisahlah buat masak ape, goreng mcm tu pun dah sedap
ReplyDeletesamalah dengan akak. Kalau goreng tempe, kadang tak sempat hidang, dah habis.
Delete