Dah beberapa hari nak bercerita tentang ini tapi tak tertulis juga.  Dah hampir dua minggu berlalu.  Misi lima tahun menimba ilmu di negara orang.  Siapa ? Dah tentulah anak bujang akak. Dah berangkat jauh nun di sana. Lima tahun menimba ilmu dan pengalaman berharga di India...in sya Allah.

Bila dah ada anak besar-besar ni, kenalah bersedia melepaskan perlahan-lahan, sedikit demi sedikit.  Sebelum ni daripada tingkatan satu hingga tamat asasi, jarak antara rumah dan asrama tidaklah begitu jauh, kira kalau ada hal, tak sampai sejam mak ayah boleh muncul depan mata. Tapi kali ni, jauh, kenalah pandai-pandai uruskan diri sendiri. 

Hampir sebulan juga selepas dapat tempat, menguruskan persiapan abang Irfan.  Yelah, mana pernah tinggal jauh, kali ni memang jauh dan macam-macamlah nak kena susun dan sediakan terutama keperluan yang sukar nak dapat di sana.  Mak pun sama sibuk baca pengalaman travel di India walaupun kali ni bukan untuk travel tapi sedikit sebanyak info tu adalah jugak. Walau bagaimanapun jarak beribu batu tu sekarang ni rasa dekat sangat dengan adanya teknologi canggih kan. Dua, tiga hari sekali mesti buat video call dengan anak bujang ni. Masing-masing kononnya okay tapi sendiri ja tahu perasaan sendiri.


Buku ni akak beli setahun yang lepas. Pengalaman Dr Nur Hanisah sendiri belajar perubatan di India.  Menarik sangat dan pada korang atau kenalan dan keluarga yang bercadang untuk sambung belajar di India, cuba dapat sedikit gambaran melalui buku ini.  Akak suka cara olahan ceritanya sebab berdasarkan pengalaman sendirikan.


Sehari sebelum berangkat haruslah lengkap sesi berjumpa pak mak sedara dan sepupu sepapat yang memang rapat ni.  Hampir kesemua dapat jumpa.

Misi Lima Tahun Menimba Ilmu di Negara Orang

Awal pagi sebelum ke airport bawa jumpa nenek dulu.  Amira tak dapat ikut sama hantar abang, tak pe lah in sya Allah ada peluang lain kali.

Misi Lima Tahun Menimba Ilmu di Negara Orang

Ada 5 group yang akan berangkat ke destinasi yang sama.  Abang Irfan dan group penerbangan yang ketiga. Kesemua mereka ni memang dah bersama semenjak buat asasi lagi, dah macam satu keluarga so akak pun taklah risau sangat. Maklumlah inilah perjalanan jauh pertama abang Irfan tanpa ibu ayah. Tapi anak-anak sekarang kan...suka adventure !


Misi Lima Tahun Menimba Ilmu di Negara Orang

Tinggallah berdua ni mendoakan agar semuanya berjalan lancar dan pulangnya nanti bawa pengalaman dan pengetahuan yang berguna untuk perjuangan masa hadapan....In sya Allah.

GOOD THINGS COME TO PEOPLE WHO WAIT 
BUT
BETER THINGS COME TO THOSE WHO GO OUT AND GET THEM








4 Comments

  1. InsyaAllah.. smeoga semuanya dipermudahkan buat anak akak.. Aamiin..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah rezeki tu dapat lanjutkan studies disana. insyallah he will be just fine dan balik dengan jayanya untuk berkhidmat pada agama n bangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah...moga kekal dan cekal di negara orang.

      Delete