Jom Nak Bagi Bersih Bloglist

Friday, October 11, 2019
Dah lama bloglist akak ni tak berupdate.  Ada yang dah lama sangat tak update blog masing-masing tapi akak masih lagi letak kat bloglist.  Okay hari ni nak cuci semua. Mula-mula kena buang semua bloglist yang ada.

Dah buang baru kita update semula.  Setiap group bloglist akak nak letak 10 list yang rajin update blog sahaja dahulu.  Yang lain-lain kena KIV dulu. Tujuannya supaya akak lebih rajin blogwalking baca cerita terkini kawan-kawan. 



kelebihan bloglist, bloglist blog, senarai bloglist, update bloglist,tutorial letak bloglist

kelebihan bloglist, bloglist blog, senarai bloglist, update bloglist,tutorial letak bloglist

kelebihan bloglist, bloglist blog, senarai bloglist, update bloglist,tutorial letak bloglist

Group bloglist yang akak ada.  Nak mula bersihkan ni. Buang yang dah lama sangat tak update dulu.
Cuba tengok siapa yang rajin update hari ini. Haa...korang boleh klik kat bloglist akak untuk baca cerita depa ni.


Kelebihan Ada Bloglist


Banyak kelebihan yang korang boleh dapat dengan meletakkan bloglist dalam blog korang.  Tak rugi tau untuk jangkamasa panjang.

1. Bloglist akan beri trafik mudah untuk blogger.  Bila masuk satu blog dan korang tertarik dengan tajuk lain di bloglist, korang boleh terus klik dan menyumbang trafik.

2. Bloglist boleh bantu membina network antara blogger, berkongsi informasi dan sebagainya terutama daripada mereka yang sama niche dengan blog kita.  Kebanyakan blogger yang bloglistnya ada di blog akak ni, akak tak pernah jumpa pun. Mungkin ada 2 atau 3 orang sahaja yang dah berdepan. Kebanyakannya hanya ber hi hi dalam blog sahaja tapi mesra ngalahkan orang dah kenal lama.  

3. Ia juga membantu dari segi enjin carian kerana ada kalanya maklumat saling terkait salam sesuatu entri. 

Bila singgah blog kawan-kawan memang akak akan cari juga senarai bloglistnya, kalau ada tajuk yang menarik akak akan terus klik. Keutamaan untuk blogwalking juga adalah pada senarai bloglist selain daripada mengunjung balas pada pengomen entry.

Tutorial Pasang Bloglist 

Nak letak bloglist kat blog ni pun mudah sangat caranya, yang penting korang kena ada senarai blog yang korang nak letakkan. 



kelebihan bloglist, bloglist blog, senarai bloglist, update bloglist,tutorial letak bloglist

Pergi kat Layout dan pilih kat mana korang nak letakkan bloglist korang.  Selalunya letak di sisi blog tapi ada juga yang letak di bahagian bawah blog. Ikut suka koranglah, blog korang.  Mana yang cantik di mata korang, korang letaklah.  

Lepas pilih lokasi, sila klik item Add Gadget.

kelebihan bloglist, bloglist blog, senarai bloglist, update bloglist,tutorial letak bloglist

Skroll la pilihan yang ada sampai korang jumpa Blog List. Klik simbol + yang ada tepi tu.

kelebihan bloglist, bloglist blog, senarai bloglist, update bloglist,tutorial letak bloglist

Menu ni akan keluar.  Lepas tu boleh lah korang namakan group bloglist korang kat title tu. Pilih sort - akak pilih most recently updated di mana, bila ada blog yang update cerita baru terus duduk kat atas sekali. Jadi mudah korang nak tahu siapa yang update blog.  Selain tu akak pilih juga untuk tunjukkan icon blog dan tajuk yang baru update.  Kalau menarik memang cepat je tangan ni klik nak baca.

Dah pilih semua tu boleh la korang add bloglist korang satu persatu . Klik butang Add dan save. Siap semua boleh save dan view la rupa blog korang lepas ada bloglist. Mudah sangat. Kalau korang rajin update bloglist korang lagi bagus jangan jadi macam akak ni. Dah lama sangat tak berupdate. 


Jom korang, kalau nak akak masukkan dalam bloglist, letaklah address blog korang dalam komen.


You Might Also Like


16 comments

  1. kalau sudi letaklah sekali blog kita yer..

    ReplyDelete
  2. Wah.. siap tutorial.. good sharing..

    http://kasihkuamani.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. terima kasih azi, masih ada AJ di bloglist nya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. blogger otai dan banyak cerita mesti kita kena letak.

      Delete
  4. Hurm kita pun lama dah tak update bloglist. Widget dia hilang ntah ke mana sejak pakai template ni. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bila dah jumpa....letak lah blog kita kat bloglist yer.

      Delete
  5. Penting sgat bloglist nie.. Selalu kalau nak baca blogger org lain mmg akan terjah dr bloglist dahulu.. sy pun nak tersenarai dlm bloglist akak hehe..

    Ini blog sy ya
    https://ciknurul23.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. nk blogwalking saya cari kt bloglist dulu.. baru yg lain2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah...kat bloglist kita boleh nampak sapa yang suka update blog.

      Delete
  7. wah rajinnya update bloglist.. mama ni malas laa hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang je rajinnya. Yang selalu memang malasssss...

      Delete
  8. kite nampak nama kiteee la.. hehe.. thanks akak muah muah =D

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Followers