Main Masak-masak Cuti Hari Malaysia
Best betullah tiap-tiap minggu ada hujung minggu yang panjang. Macam-macam benda nak kena settlekan. Selit-selit jugak dengan aktiviti suka suka hati. Main masak-masak sempena cuti Hari Malaysia semalam sebagai penutup hujung minggu. Minggu lepas masak kurma daging bawa makan di sekolah Amira. Minggu ni buat nasi daging suka suka pula. Minggu ni masak makan di rumah saja sebab Amira pulang bermalam. Makan ramai-ramai sebelum abang Irfan mula belajar semula.
Nasi daging ni mudah je nak buat. Buat lebih sikit, makan sampai malam. Nasi ni kegemaran anak-anak sebab tulah bila anak-anak ada kat rumah, rajinlah mak ayah buat. Tambah-tambah hujan di utara ni boleh dikatakan hampir setiap hari, kuranglah sikit jerebu.
Nasi daging ni mudah je nak buat. Buat lebih sikit, makan sampai malam. Nasi ni kegemaran anak-anak sebab tulah bila anak-anak ada kat rumah, rajinlah mak ayah buat. Tambah-tambah hujan di utara ni boleh dikatakan hampir setiap hari, kuranglah sikit jerebu.
Buat juga salad sayur kegemaran kakak. Biasanya salad sayur ni makan dengan nasi arab, kami belasah aje stok yang ada asalkan anak-anak suka. Mudah je nak buat ni, salad, tomato, timun jepun, perahan limau dan yogurt asli. Campur saja.
Nasi daging tak best kalau takde air asam. Penambah selera makan.
Nasi daging paling mudah nak sediakan. Bertambah-tambah masing-masing makan. Baunyapun dah menyelerakan.
Kalau nak ubah selera, jom cuba buat nasi daging. Ni resepi nya : RESEPI NASI DAGING
14 Comments
Sedapnya kak.. Fav saya ni
ReplyDeletesesekali ubah selera macam ni bila full house.
DeleteBaru makan nasik daging last week. Sedap sedap
ReplyDeletememang sedap tapi tak boleh layan selalu..hehe
DeleteTengok gambar closeup thumbnail pun dah rasa nak buat salad sendiri :D Side dish yang memang kena dengan lauk rempah macam kurma ni
ReplyDeleteBetul tu. Makan macam tu saja pun sedap.
Deletealahai sedapnya nampak nasi tu. pandai masak.
ReplyDeleteTak panadai mana pun, try and error je. Untuk family boleh lah.
Deletesedapnya Azie :)
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteJiran kak laili akan sedekah nasi daging tiap kali dia masak.
ReplyDeleteMemang sedap dengan air asam tu 😋
Saya ni sejak dok kat utara ni baru pandai makan nasi daging dengan air asam. Sedap rupanya...
Delete
ReplyDeletesedapnya, tengok photo pun dah nampak sedap
Cubalah buat.
Delete