2 Perkara Penting Perlu Tahu Tentang Jerebu
Pagi tadi hujan sangat lebat di kawasan akak. Elok sangat hujan turun masa akak nak bersiap ke tempat kerja. Aishhh tengok si kecil tidur lena tarik selimut, mak dia pun mulalah rasa nak join. Seronok dengar bunyi hujan sebab bila hujan jerebu pun akan berkurangan. Harap-harap begitulah.
Kebelakangan ni nak bergerak ke mana-mana pun akan fikir macam-macam sebab jerebu yang melanda ni. Walaupun di utara ni taklah seteruk sesetengah negeri tapi masih juga terasa kesannya. Pemandangan pun nampak tak jelas dan yang paling merisaukan akak ialah kesihatan anak-anak terutama si dzakwan. Dengan keadaan dia sekarang ni memang tak boleh sangat nak terdedah dengan cuaca di luar rumah.
Ada dua perkara penting yang korang kena tahu bila bercerita tentang jerebu ni. Apa dia?
sumber gambar : google

Kesan Kesihatan Akibat Jerebu
- Sakit mata
- Sakit tekak
- Selsema
- Batuk
- Asma
- Penyakit berkaitan saluran pernafasan kronik
Ini antara tanda dan kesan yang korang kena tengok semasa musim jerebu melanda ni. Kalau ada antara tanda-tanda ni, cepat-cepatlah korang pergi jumpa doktor dan dapatkan rawatan. Jangan berlengah, nanti keadaan jadi bertambah teruk pulak. Adik wan pun baru saja baik selsema. Bila dik wan selsema, akak susah hati sebab kebarangkalian dia terpaksa tambah semula pengambilan steroid sebab tu kena cepat-cepat ambil ubat supaya tak melarat. Hal yang sama juga akak pastikan pada anggota keluarga yang lain. Nampak macam nak selsema, batuk atau demam, akak dah hulurkan ubat yang sememangnya sentiasa ada di rumah. Tak mahu ianya berpanjangan, kesian kat adik yang tidak berapa kuat antibodinya.
Tindakan Semasa Jerebu
Korang juga perlu tahu apa yang korang perlu lakukan semasa jerebu melanda ni. Tindakan awal supaya tidak berlarutan.
- kurangkan aktiviti luar rumah dan cuba berada di dalam bangunan.
- memakai penutup muka yang sesuai ketika berada di luar rumah seperti P100 dan N95.
- pastikan udara di dalam rumah sentiasa bersih, kurangkan pencemaran seperti asap rokok.
- basuh muka dan tangan dengan sabun dan air bersih setelah menjalankan aktiviti luar.
- banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
- gunakan penghawa dingin ketika memandu dan mode kitaran dalaman.
sumber gambar : google
Oleh kerana kena kurangkan aktiviti luar rumah, inilah peluang akak luangkan lebih masa untuk mengemas rumah. Anak-anakpun suruh depa kemas lokasi masing-masing aje. Asal sedap mata memandang takdelah serabut aje. Nanti-nanti bila keadaan cuaca dah semakin pulih bolehlah kita plan aktiviti luar rumah pula yer !
4 Comments
Saban tahun kita akan hadap.. Bala Allah hasil dari tangan-tangan manusia...
ReplyDeleteItulah. Alhamdulillah dah berakhir.
Deletejerebu tahun ni paling teruk kot. sama-sama la kita jaga kesiahtan diri.
ReplyDeleteMujur dah berakhir kan.
Delete