Tips Untuk Bakal Pengantin Baru Di Awal Perkahwinan

Wednesday, August 14, 2019
Cuti sekolah tak kira panjang atau pendek mesti akan jadi pilihan keluarga untuk melangsungkan majlis perkahwinan.  Masa inilah peluang untuk berkumpul sanak saudara jauh dan dekat.  Kalau tak masa cuti sekolah, mana-mana cuti yang bersambung dengan hujung minggu pun akan menjadi pilihan.  Setakat hari ini, akak dah terima lebih daripada tiga jemputan kenduri sepanjang Ogos dan September. Boleh dikatakan hampir setiap minggu boleh gantung kuali ni.

Biasanya keutamaan kami akan hadiri untuk jemputan yang terima kad daripada tuan badan atau keluarga terlibat berbanding dengan melalui wassap atau email.  Tapi kalau berkesempatan kami cuba penuhi semua jemputan kecuali kalau ada dua atau tiga kenduri dalam sehari, kenalah buat pilihan.  Yang dekat didahulukan atau yang pertama kali buat kenduri kita raikan dahulu.

Untuk korang yang bakal melalui alam rumahtangga, mai akak nak share sikit tips yang boleh korang jadikan bekalan.  Tips biasa-biasa aja dan mungkin korang dah selalu dengar pun. 

Tips Untuk Pengantin Baru


tips pengantin baru, alam rumahtangga,persediaan mental alam perkahwinan

Rutin Baru 

Sebelum ni seorang, lepas terlafaz akad dah berdua. Tak bolehlah nak teruskan rutin harian korang masa bujang.  Kalau yang wanita kena dahlah rajin-rajin bangun lebih awal siapkan apa yang patut.  Bukan bermakna korang tinggal berdua, tak perlu sediakan sarapan pagi, masa berdua nilah kena nikmati masa bersama selalu.  

Jangan Ada Komunikasi `Break-down'

Masa bercinta, biasanya macam-macam cerita nak dibualkan bila berjumpa.  Bila dah berumahtangga, ada pasangan yang dah mula kurang berkomunikasi.  Akak sendiri pun awal-awal dulu macam tulah. Rasa macam tak tahu nak sembang apa. Kenalah pandai-pandai cari idea nak bercerita.  Ceritalah apapun asalkan boleh pecah rasa sunyi.  Tak perlu malu-malu untuk bercerita dan jangan sesekali kita buat anggapan yang pasangan kita dah tahu apa yang kita nak maklumkan atau pasangan kita boleh teka apa yang ada dalam fikiran kita.  Kena ambil langkah, cerita dahulu.

Jangan Lupa Keluarga dan Rakan-rakan

Bila dah berumahtangga samada keluarga ataupun rakan, semuanya dah berganda. Kenalah biasakan diri dengan keluarga dan rakan-rakan pasangan masing-masing.  Biasanya pasangan kita ada kumpulan rakan-rakan yang mereka akan sentiasa berhubung, bertukar cerita dan kadang-kadang beraktiviti bersama.  Apa salahnya sesekali kita turut serta.  Kalau boleh biar masing-masing kenal dengan kawan-kawan rapat suami atau isteri.

Simpan Duit

Masa nak kahwin memang diakui, banyak duit yang digunakan.  Kalau korang nak tahu, lepas kahwin pun lagi banyak duit nak guna.  Jadi kenalah pandai menguruskan perbelanjaan korang.  Jangan sampai sebab duit korang berperang pulak nanti.  Berbelanja pada yang perlu sahaja.  Jangan terpengaruh dengan aktiviti kawan-kawan. Akak selalu pesan kat diri sendiri - ingat poket kita tak semestinya sama dengan poket kawan-kawan kita.  

Rancang Keluarga

Pada akak, tak perlulah merancang sangat.  Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti tak sabar untuk menimang cahaya mata.  Pastikan asas keperluan korang dah ada dan korang sendiri dah bersedia untuk berkeluarga.  


Banyak lagi tips kalau nak share.  20 tahun usia perkahwinan kami, macam-macam dah kami lalui.  Yang penting untuk setiap pasangan, korang kena banyak bersabar dengan  pasangan masing-masing.  Kena saling jadi air yang memadam air.  Akak doakan untuk pasangan-pasangan baru mendirikan rumahtangga agar kekal sampai ke jannah.  Saling melengkapilah antara korang. Doakan juga buat kami.


You Might Also Like


2 comments

  1. sy doakan semoga hubungan dan rumahtangga akak berkekalan hingga ke jannah, dimurahkan rezeki dan diberkati umur ^^.. terima kasih ats perkongsian walaupun sy belum berkahwin hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas doa...in sya Allah moga adik juga bertemu jodoh yang baik hendaknya.

      Delete

Like us on Facebook

Followers