Perlu Ke Ada Blog Lagi Sekarang ?
Sambil-sambil cari idea nak buat entry, terfikir tentang perlukah lagi kewujudan blog dalam zaman serba canggih di mana semua info boleh cari dengan mudah. Internet sekarang dah laju berdesup-desup tak macam dulu. Tapi kan kalau takde blogger blogger rajin yang menulis kat blog, mungkin info takde lah sebanyak mana untuk kita dapat kan? Betul tak?
Jom akak share pendapat akak serba sedikit kenapa kewujudan blog ni masih lagi r elevan.
1. Ada orang dia suka mencari ilmu. Bila dapat ilmu adalah sebaiknya dikongsi bersama dengan yang lain. Bila kita berkongsi ilmu, kita bukan sahaja dapat pahala, malah ilmu itu akan berkembang dan digunapakai oleh orang lain. Cara paling mudah ialah berkongsi dalam blog. Bukan sahaja mereka yang di sekitar kita boleh baca, malah seluruh dunia selagi mana ada capaian, boleh dapat perkongsian kita.
2. Akak suka menulis di blog. Melalui blog akak dapat ramai kawan maya yang sama minat. Tak kira peringkat umur, kita sama-sama berkongsi. Ada antaranya dah bertukar menjadi kawan, berjumpa, bersembang, bertukar cerita daripada anak-anak sampaikan berkongsi resepi dan minat. Macam-macam idea dapat. Best kan?
3. Masa study, akak ambil pengajian komunikasi tapi bila bekerja ni, fokus menyimpang sedikit. Bidang penulisan, bacaan, drama dan seangkatan dengannya masih lagi akak minat dan menulis blog salah satu cara akak terus asah penulisan akak dan cuba perbaiki mana-mana yang kurang. Bila menulis, kita berfikir, berfikir buatkan otak kita bekerja. Tun M ada berkata otak yang tidak bekerja akan cepat nyanyuk !
Cukuplah 3 sebab kenapa menulis blog masih lagi relevan. Akak akan terus menulis dan berkongsi selagi ada kesempatan dan peluang.
Apa pendapat korang pula ?
Kenapa Kewujudan Blog Masih Lagi Relevan

8 Comments
Pada SA sangat relevan..blog ni selagi ada pencarian kat google dan kena ngan keywords x mustahil menjurus ke blog kita..kalau nak tulis diary macam masa takde internet dulu memang tak relevan dah rasanya...
ReplyDeleteBetul tu SA sebab tulah terus menulis.
DeleteKc pun suka share ilmu, info, cerita, tips, resepi dan fakta yang boleh memberi manfaat pada orang lain inshaaAllah. Kekadang selitkan sikit berita semasa yg 'hot' untuk meningkatkan trafik blog.
ReplyDeletePlus, masih relevan because dengan blog boleh buat duit hehehe.
Tang buat duit tu sangat sangat setuju...hehehe...tapi kak zi suka dengan blog sebab banyak perkongsian boleh dibuat.
DeleteByk manfaat dei blog ni
ReplyDeleteSetuju sangat.
DeleteBlog masih relevan kak zie sebab saya lebih suka cari info dari blog berbanding dari fb, twitter atau mana-mana media sosial.
ReplyDeleteBlog juga boleh dijadikan E-diari. Semua gambar boleh di simpan dalam blog. Mudah dan senang berbanding dengan media sosial yang lain. Satu lagi kelebihan besar blog, boleh buat duit tepi lagi. Betul tak?
ReplyDeleteTutorial Memasang HTTPS Pada Blog Anda