Aktiviti Weekend Dengan Keluarga


Hujung minggu memang macam-macam plan dah tersusun.  Kadang-kadang tu selit-selit juga plan adhoc yang tiba-tiba termuncul di fikiran.  Aktiviti weekend dengan keluarga lah yang paling best. Dapat buat macam-macam bersama-sama.  Kalau nak ikutkan weekend akak dengan anak-anak hanyalah pada hari Sabtu sahaja.  Jumaat akak kerja, Ahad pula anak-anak dah bersekolah.  Kenalah pandai-pandai susun jadual.

Seronok juga bila terkejar ke sana terkejar ke sini. Sementara masih di beri kesempatan, esok-esok bila anak-anak dah jauh, mesti rindu saat-saat macam ni kan.

Apa yang kami buat weekend baru ni?

idea aktiviti keluarga, aktiviti santai, hujung minggu dengan keluarga

Aktiviti abang Irfan.  Yang ni kami tak join. Abang Irfan ronda-ronda Penang dengan kawan-kawan lama.  Tak lama lagi masing-masing dah nak teruskan pengajian di tempat-tempat yang berlainan, ada yang dekat, ada yang jauh, so kesempatan yang ada ni buatlah get-together. 

idea aktiviti keluarga, aktiviti santai, hujung minggu dengan keluarga

Lepas hantar kakak ke tempat tuisyen, kami singgah pula bawa kak amira outing.  Jom blanjer makan KFC !  Sambil sembang-sembang pasal sekolah.  Lepas makan pusing cari barang-barang keperluan  mana yang dah habis. 

idea aktiviti keluarga, aktiviti santai, hujung minggu dengan keluarga

Layan pulak si kecil ni nak makan ice cream.  Singgah McD pulak.  Tempat dekat-dekat ja.  Sambil-sambil menghabiskan masa menunggu kakak selesai kelas.  Hantar amira semula ke sekolah, pusing pula ambil kakak.

idea aktiviti keluarga, aktiviti santai, hujung minggu dengan keluarga

Hari Ahad, kita layan selera pulak.  Masak simple aje tapi cuma penuhi permintaan semua.  Sayur lemak kesukaan kakak, telur hancur permintaan adik, tempe bercili untuk semua.

idea aktiviti keluarga, aktiviti santai, hujung minggu dengan keluarga

Petang pula layan selera lagi.  Goreng cempedak dan laksa utara. Yang ni layan selera ayahnya pula.  Seharian keluar masuk dapur saja.

idea aktiviti keluarga, aktiviti santai, hujung minggu dengan keluarga

Makan puas-puas.  Laksa kami ada ramuan istimewa.  Tepung dan udang halus kepal yang dibancuh seperti aduan jemput-jemput.  Kemudian digoreng leper dan garing. Lepas tu potong-potongkan. Menu orang banjar. Sekarang ni memang dah jadi kegemaran kami sekeluarga.

idea aktiviti keluarga, aktiviti santai, hujung minggu dengan keluarga

Akhirnya melawat hasil tanaman sekitar rumah.  Tak sabar nak tunggu buah mata kucing ni masak.   Ada 2 pokok tapi yang satu ni menjadi sungguh.

Last sekali, sempat jugak layan blog kesayangan. Akak dalam proses pindahkan semua resepi-resepi akak ke blog lain. Lepas ni boleh fokus lebih untuk niche yang berlainan. Kalau korang nak dapatkan resepi-resepi mudah yang pernah dan akan akak share, bolehlah layan DAPUR KECIL KAMI






8 Comments

  1. Banyak bunga nyaaa..meriah ni kalau menjadi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah menjadi buah dah pun...tak sabar nak tunggu masak dan boleh dikutip.

      Delete
  2. rare jugak laksa orang banjar ni.

    ReplyDelete
  3. Saya tak nampak lain dah.. saya nampak pokok mata kucing tu je.. Pergh!! Kalau menjadi semua tu, puas makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang puas....pernah berbuah macam tu beberapa tahun lepas. Buahnya manis...memang puashati.

      Delete
  4. Lebat la buah mata kucing tu. .

    ReplyDelete