Menghasilkan kerja-kerja tangan secara kreatif memang menjadi minat akak sejak lama dulu.  Masa kahwin dulu, hantaran pihak lelaki dan perempuan semuanya akak buat sendiri.  Termasuk juga menghias bilik pengantin.  Bukan nak grand sangat tapi sesedap mata memandang. Puashati bila tengok hasil kerja sendiri.

Hasil Kerjatangan Seni Mengait 


Mengait atau `knitting & crochet' merupakan salah satu lagi hobi yang akak dah lama tinggalkan.  Masa lepas sekolah dan awal-awal kahwin dulu rajinlah macam-macam hasil kaitan buat - alas meja, alas kerusi, sarung bantal kecil, bekas tisu dan macam-macam lagilah.  Sekarang ni nak pegang jarum kait pun tak pernah nak menyempat.

Bila tengok hasil kerja orang lain yang semakin macam-macam jenis ada, rasa macam nak cuba balik skil yang dah lama berkarat ni. Tapi bila yer?hehehe.....Tunggu akak pencen kot, tak pun lepas anak-anak semua dah sambung pelajaran masing-masing kat tempat lain.  Masa tu mesti sunyi dan ada masa terluang.

Antara hasil kerja tangan menarik yang akak share kat sini, korang boleh skodeng di fb page Nyalo Crochet & Craft's .  Ada banyak lagi, akak simpan yang mana akak sendiri berangan-angan nak buat.  Jom kita tengok ! 


kerja mengait, paten mengait, crochet, kerja seni tangan, jahitan, hobi

Cantikkan key chain ni. Boleh jadi cenderahati.

kerja mengait, paten mengait, crochet, kerja seni tangan, jahitan, hobi

Topi cantik untuk si anak cilik. 

kerja mengait, paten mengait, crochet, kerja seni tangan, jahitan, hobi

kerja mengait, paten mengait, crochet, kerja seni tangan, jahitan, hobi

Sarung bantal ni dulu antara kegemaran akak buat.  Tapi selalu tak siap, lepas tu bertukar jadi alas meja kecil.

kerja mengait, paten mengait, crochet, kerja seni tangan, jahitan, hobi

Kalau anak-anak dapat sarung botol macam ni mesti seronok nak bawa ke sekolah.  Nanti kena cuba buatkan satu untuk adik wan sebab hari-hari adik wan bawa bekalan ke sekolah.

kerja mengait, paten mengait, crochet, kerja seni tangan, jahitan, hobi

Ni antara impian akak nak buat sebagai doorgift kenduri atau apa-apa majlis yang sesuai. Haip!!! Bukan planning untuk anak-anak lah tapi perancangan aktiviti sampingan yang boleh menjana pendapatan tambahan.  Agak-agak kalau akak jual ada tak yang berminat nak tempah?

Credit pada tuan punya gambar-gambar ni tau.  Akak simpan kat sini dan juga di fb.  In sya Allah nak cuba juga buat suatu hari nanti.