Kenduri Durian Penutup Syawal Tahun Ini
Bila sebut durian, ramai yang teruja. Suka sangat ye makan durian. Tambah nikmat bila dapat isi durian yang kena dengan tekak. Korang suka makan durian tak?
Semalam sebagai meraikan akhir syawal dan juga sebagai memenuhi permintaan bos kami yang akan bercuti panjang, ofis akak berkenduri durian Balik Pulau. Memang best ! Sampai tak tahu nak pilih makan yang mana...semua sedap!
Nampak tak banyak buahnya tapi makan sampai muak. Berlebih lagi. Ada pulak yang rajin bawa pulut dan santan....bertambah-tambah jadinya.
Mujur ada jejaka-jejaka ni yang boleh bantu buka buah durian ni. Kami tinggal tunggu nak ngap saja. Sedap punya pasal, tak perasan tangan ni dok ambil seulas demi seulas.
Kenduri Durian Balik Pulau
Kalau di Penang ni, antara lokasi durian yang terkenal ialah Balik Pulau. Ada pelbagai jenis ada daripada musang king sampailah durian kampung biasa aje. Kalau lalu di kawasan kebun duriannya memang geram tengok buah durian yang banyak bergayutan di dahan pokok menunggu masa untuk jatuh ke tanah.Semalam sebagai meraikan akhir syawal dan juga sebagai memenuhi permintaan bos kami yang akan bercuti panjang, ofis akak berkenduri durian Balik Pulau. Memang best ! Sampai tak tahu nak pilih makan yang mana...semua sedap!
Nampak tak banyak buahnya tapi makan sampai muak. Berlebih lagi. Ada pulak yang rajin bawa pulut dan santan....bertambah-tambah jadinya.
Mujur ada jejaka-jejaka ni yang boleh bantu buka buah durian ni. Kami tinggal tunggu nak ngap saja. Sedap punya pasal, tak perasan tangan ni dok ambil seulas demi seulas.
Dah macam mandur dah akak ni. Kena berada di barisan depan, baru puashati. Nampak yang menarik, akak tarik dulu, ambil seulas rasa lepas tu pas kat kawan-kawan di belakang..hehe
Meriah musim durian kali ni. Lepas ni siapa pulak nak ajak akak makan durian lagi?...
Terima kasih pada teman-teman yang snap gambar, akak sibuk pilih durian, tak sempat nak snap gambar.
14 Comments
Alhamdulillah.. sedap nie kenduri durian macam nie.. makan sampai puas..
ReplyDeletemakan selaratnya sahaja...jenuh ..
Deleteohh jgn mendera perasaan ku.. dah craving durian dah ni
ReplyDeletesilalah cari sementara ada
Deletemak saya borong durian kampung di Tangkak Johor baru ni.
ReplyDeleteTu la...jenuh tengok orang jual..ikutkan hati memang nak memborong sahaja.
DeleteWahhhh durian.... Sedap ni
ReplyDeletememang sedap.
Deletedurian di mana-mana. kenapa ray x follow sini lagi ehhh??? aigooo
ReplyDeletesorry bru follow sobs #401
terima kasih follow sini :)
DeleteDurian balik pulau popular betul tahun ni. Kat tv selalu tunjuk kan 😋😋😋
ReplyDeletememang antara yang popular. kalau ke sana memang puas tengok, rasa, beli dan duit melayang...hehhehe
DeleteYa allah...sedapnya durian...blom makan lagi durian kali ni...
ReplyDeleteMemang best ni SA tapi akak tak berani nak makan banyak....sekadarnya sahaja.
Delete