Semak Semula Arah Kiblat

Untung kita semua hari ini kerana berpeluang untuk buat semakan semula arah kiblat sempena peristiwa Istiwa A'dzam di mana kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah.  Uniknya fenomena ini berlaku dua kali setahu iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai.

Macamana Nak Buat Semakan ?

Petang nanti tepat jam 5.27 petang waktu Malaysia, korang dah kena siap sedia kat luar rumah. Semakan boleh dibuat dengan melihat bayang-bayang objek tegak yang terhasil.  Antara objek tegak yang korang boleh gunakan:
- dinding bangunan
- tiang elektrik
- rangka tingkap yang tegak
- menggantung objek berat dengan talinya menegak

cari arah kiblat, semak arah kiblat, cari arah kiblat di rumah

Harap-harap petang nanti tak hujan, bolehlah kita buat semakan semula arah kiblat kita.





2 Comments