Empty Nest Syndrome


Setiap orang akan tiba masa, akan lalui `Empty Nest Syndrome'.  Situasi di mana individu melalui rasa sunyi atau kesepian samada ditinggalkan bersendirian selama-lamanya atau pun sementara.

Biasanya bagi parent yang anak-anak berada jauh akan lalui perasaan `Empty Nest' ini.  Akak sendiri pernah melaluinya ketika pertama kali melepaskan anak masuk ke sekolah asrama.  Rasa sunyi, teringat selalu, dok fikir anak tengah buat apa, tak sabar tunggu hari cuti dan macam-macam lagi.  Mula-mula je la, lepas tu dah semakin biasa.  


empty nest, sunyi, tinggal sendiri,aktiviti positif dengan keluarga


Sebulan dua ni masa-masa anak-anak remaja menyambung pelajaran di pusat pengajian tinggi pula.  Mesti ada kalangan parents yang mula rasa sunyi tambah-tambah kalau si anak berada jauh di luar negara.  Asyik teringat selalu!  

Begitulah putaran masa kan! Kalau dulu parents kita yang lalui, sekarang ni giliran kita pula yang lalui.  Bagi korang yang masih muda, juga akan lalui fasa yang sama.  Akhirnya samada kita tinggal sendirian atau berdua dengan pasangan sahaja.

Cara Atasi Empty Nest Syndrome


Pelan-pelan kita kena belajar untuk mengurangkan rasa sunyi. Berdasarkan pengalaman akak, apa yang akak buat untuk atasi Empty Nest Syndrome ni :

1. Acknowledge perasaan sunyi dengan selalu ingatkan diri kita yang situasi ini adalah biasa dan akan dilalui oleh semua orang cepat atau lambat.

2. Berhubung selalu dengan pelbagai kemudahan yang ada.  Boleh call, boleh wasap, video call dan macam-macam cara lain.  Kalau anak yang masih bersekolah di asrama mungkin ada sedikit kekangan untuk menggunakan telefon pintar tapi boleh je pesan pada anak-anak untuk hubungi menggunakan public phone.  Bagi yang di pusat pengajian tinggi, sepatutnya lebih mudah untuk dihubungi.

3. Dapatkan sokongan kawan-kawan dan keluarga.  Kadang-kadang ada masanya kita perlukan kawan-kawan untuk bercerita.  Bercerita boleh mengurangkan beban perasaan.  Berkongsilah apa sahaja cerita yang boleh dikongsi bersama.  Mungkin juga kawan-kawan kita juga berada dalam situasi yang sama tapi malu untuk diluahkan.

4.  Sentiasalah positif.  Inilah yang sebaiknya.  Positifkan diri kita selalu.  Berjauh bukan untuk selamanya. Kena ingat anak-anak jauh menuntut ilmu atau bekerja. Fikirkan perkara-perkara yang positif selalu.

5. Carilah apa sekalipun kerja atau hobi yang boleh mengurangkan rasa sunyi yang kita lalui.  Kadang-kadang pasangan kita juga ada tugasan lain yang perlu dibuat bersendirian. Macam akak, menulis blog, membaca buku, mengemas adalah cara yang akak guna untuk menghilangkan rasa sunyi. Blogwalking juga boleh jadi satu aktiviti yang best. Membaca sambil menambah info. Buatlah apapun asalkan korang rasa gembira !

empty nest, sunyi, tinggal sendiri,aktiviti positif dengan keluarga

Another way untuk atasi ialah merajinkan diri memasak dan ke sekolah anak sambil berkelah bersama-sama.  `Surprise visit' kami untuk amira di sekolah.  Terkejut dia tiba-tiba ada announcement waris nak berjumpa.  Tengok-tengok haa...mak datang dengan mangkuk tingkat lagi. Terima kasih en hubby memudahkan urusan memasak.  Menu simple nasi beriani ayam, jelatah, udang goreng.

Kalau nak resepi mudah dan cepat tapi sedap boleh jengah Dapur Kecil Kami



0 Comments